𝐁𝐀𝐁 06

1.6K 103 2
                                    

Mysterious Girl

Angin bertiupan dengan kencang, guruh kedengaran dari luar bilik kaunseling

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Angin bertiupan dengan kencang, guruh kedengaran dari luar bilik kaunseling.

Langit pada hari itu kelihatan mendung sekali, menandakan pada bila-bila masa sahaja hujan boleh turun membasahi permukaan bumi.

Dalam masa yang sama, terdapat seorang gadis yang sedang termenung di sudut kesihatan. Tangannya bergerak membersihkan sudut itu dengan acuh tak acuhnya.

Sepertinya, fikirannya sedang memikirkan benda lain... dia langsung tidak fokus akan kerjanya.

Sudah beberapa kali gadis itu menghembuskan keluhan berat. Seharian ini juga, dia banyak termenung sendiri.

Bahkan, harini banyak kali dia ditegur oleh cikgu kerana tidak fokus sewaktu belajar di dalam kelas. Sejak dia tiba di sekolah, banyak balik dia termenung sendiri. Seakan sedang memikirkan sesuatu.

"MEDINA!"

Tersedar terus lamunan gadis itu apabila terdengar jeritan namanya yang kuat.

"Ya Allah, Husna! Kau nak aku kena heart attack ke??! Terkejut aku!" marah Medina apabila dia sedar dengan kelakuan rakan sebayanya.

Pang!

Tepukan mesra hinggap di bahu Medina. Sangat mesra.

"Aouchh." sakit Medina. Gadis itu terus bangun dari duduknya dan bersedia untuk membalas tepukan mesra itu tetapi sayangnya Husna lebih pantas. Husna terus memegang tangan Medina dengan kuat.

"Hah, kau jangan nak mengada." Ancam Husna.

"Eh kau. Kau pukul aku boleh pula." Ujar Medina yang cuba untuk melepaskan dirinya dari Husna.

"Aku pukul kau sebab aku panggil kau banyak kali tapi kau tak sahut tahu tak?!" balas Husna yang masih setia memegang tangan Medina. Baik dia pegang sebelum dia pula terkena pukulan mesra dari Medina.

Medina terus terhenti.

"Kau panggil aku?" pelik Medina.

"Iya, itulah termenung lagi." Tangan Medina mula dilepaskan.

"Kau punya termenung tu habis macam nak tembus dinding aku tengok. Itu kalau dibiarkan tu, aku rasa sampai ke Korea sana tu kau boleh tengok." Husna terus melabuhkan punggung, duduk di atas kerusi kayu yang tersedia di dalam bilik kaunseling itu.

Seketika, Medina terdiam.

"We, Medina. Kau okay tak?" tanya Husna yang mula risau. Dia pun dapat rasakan sikap Medina yang agak pelik pada hari ini.

"Hah? Hahh. Aku okaylah. Cuma penat je, semalam aku tidur lambat." Senyuman plastik terukir di bibirnya.

"Betul ni kau okay? Kau makan tak sebelum datang sini??" tanya Husna lagi.

Hidden Lass | New Ver.Where stories live. Discover now