𝐁𝐀𝐁 13

1K 80 1
                                    

Mysterious Girl

⊹ Mysterious Girl ⊹

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Khamis | [13.07.2020]

"Bangun"

"Terima kasih, Cikgu Ili." ucap iman selaku ketua kelas 4 Mulia.

"Terima kasih, Cikgu Ili." diikuti oleh seluruh murid kelas Mulia.

Semua murid kembali melabuhkan punggung sebaik sahaja cikgu Ili melangkah keluar dari kelas. Sementara menunggu cikgu seterusnya, ada sesetengah dari mereka mula berkumpul untuk bersembang kosong, ada juga yang keluar dari kelas untuk merayau dan ada juga yang sedang menyiapkan buku latihan untuk subjek seterusnya.

Dan yang paling gah sekali, ada juga yang murid yang melelapkan mata mereka sebaik sahaja tepat masa cikgu melangkah keluar dari kelas.

Banyak betul karenah warga Mulia ini, nama saja Mulia tetapi perangai hauk. Baik lelaki atau perempuan, semua sama sahaja.

"Medina."

Medina yang dari tadi tekun menyiapkan buku aktiviti perniagaannya terus terhenti apabila terdengar orang memanggil namanya, kepalanya terus menoleh ke kirinya. Memandang seorang gadis yang memanggil namanya.

"Kenapa kau tak datang sekolah? 3 hari berturut-turut pula tu." Soal si gadis yang bernama Sofia.

"Ya lah, Medina. Kenapa kau tak datang?" seorang lagi gadis bernama Aqilah turut menanyakan soalan yang sama.

"Aku ikut mak ayah aku pergi outstastion."

"Outstastion dekat mana?" tanya seorang lagi gadis yang nama diberi, Putri. Mereka bertiga ialah orang yang boleh dikatakan rapat juga dengan Medina jika berada di dalam kelas kerana mereka berempat di satu barisan yang sama.

"London."

Terjojol mata mereka apabila mendengar akan lokasi itu.

"Serius hah Medina. kau pergi London!!? London ibu negara England??!!" tanya Putri yang masih terkejut akan hal itu.

Medina menganggukkan kepalanya.

"Maksudnya kau baru balik semalam lah kan, itu semalam pun kau tak datang." Teka Aqilah.

"Eh, tak. Aku balik sini Selasa hari itu. Semalam aku ponteng, sebab selasa tu aku sampai kat sini pagi-pagi buta." Terangnya.

"Mesti best kan. Untung kau Medina, tak kerja lagi kau dah lepas pergi luar negara. kalau aku, hrumm mimpi jelah mampu." Ujar Sofia dengan nada sedihnya.

"Alah, In syallah. Suatu hari nanti ada lah rezeki kau. Kau orang pun sama." ucap Medina yang cuba menyejukkan hati rakan-rakannya.

"Sekarang ini, belajar elok-elok. Nanti dapat result SPM elok, boleh sambung belajar lepastu dapat kerja bagus, In syallah. Dapatlah kau orang melancong pergi mana-mana. Aku percaya, kita semua dapat lakukan dengan baik." ucap Medina yang memberikan sedikit semangat buat mereka, calon SPM 2021.

Hidden Lass | New Ver.Where stories live. Discover now