𝐁𝐀𝐁 14

923 71 2
                                    

Mysterious Girl

⊹ Mysterious Girl ⊹

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jumaat | [14.07.2020]

Iris biru tertuju pada dinding langit, memandang sinaran matahari yang sedang terpancar terik di waktu pagi. Tangannya bergerak perlahan, mengaul bihun sup yang masih berwap tatkala fikirannya melayang ke suatu arah.

"... kan, apa yang aku patut buat?" tanya Syizra yang akhirnya memandang wajah Medina setelah berhenti berleter.

"Dina."

"Dina?"

"Medina!" jerkah Syizra.

Akhirnya gadis itu tersedar dari lamunannya.

"Kau dengar tak apa aku cakap tadi??"

Gadis itu membeku sebelum kepalanya di angguk dengan tidak yakinnya. Sejujurnya Medina tidak tahu apa benda yang sedang dibincangkan oleh rakannya, seluruh fikirannya tertumpu pada perkara lain.

"Kau angguk-angguk. Kalau macam tu, aku cakap pasal apa tadi?" soal Syizra, mahu tahu juga sama ada rakannya itu dengar atau tidak akan topik yang dia ceritakan itu.

"Hm, k-kau c-cakap pasal apa tu... hm..."

"Dah lah. Penat aku bebel seorang-seorang." Pasrahnya. Syizra terus melarikan pandangannya ke bawah, tidak mahu memandang wajah Medina.

"Ala Syizra, sorry lah. Tadi aku fikir pasal something..."

Syizra hanya berdiam diri sebelum matanya kembali naik, memandang wajah Medina dengan masamnya.

"Syizra, kau pandang aku macam tu nanti Mikael nampak padam muka kau! lari mamat tu bila tengok muka masam kau." Sempat gadis itu mengusiknya.

"Eh Kau ni kan!"

Medina terus menundukkan kepalanya ke bawah, disaat tangannya pantas menekup mulut Syizra.

"Kau ni kan, tak payah jerit. Karang betul-betul Mikael tengok hang baru tahu!"

Syizra menepis tangan Medina dengan kuat sebelum dia mula bangun dari duduknya dan beredar pergi begitu sahaja. Pergi meninggalkan Medina keseorangan di situ.

"Ya Allah rokiah ni, merajuk pula dah. " keluhnya di saat memandang pemergiannya.

Medina menggelengkan kepalanya sebelum kepalanya kembali menghadap ke hadapan dan,

Zup!

Mata mereka bertemu.

Iris coklat yang dipandang direnung lama.

Harriz.

Mereka merenung antara satu sama lain dari jauh, seakan tenggelam dalam dunia ciptaan mereka tatkala suasana bising dan keriuhan di kantin tidak dihiraukan.

"Medina."

Plop!

Iris birunya dilirik ke samping, memandang suara yang menyedarkan fikirannya ke alam nyata.

Hidden Lass | New Ver.Where stories live. Discover now