𝐁𝐀𝐁 05

1.5K 109 0
                                    

Mysterious Girl

"Aku balik dulu ya, bye Medina

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Aku balik dulu ya, bye Medina."

"Byee." Balas Medina, lalu kelibat Lucy hilang di balik pintu. Tidak lama kemudian, dia berlalu pergi.

Rakannya yang lain juga turut telah beredar dari pusat tuisyen sehingga tinggal Medina seorang di situ bersama beberapa orang cikgu lagi.

Telefon pintarnya dikeluarkan, mula mendail nombor ibunya.

Satu saat....

Dua saat....

Tiga saat...

"Harap maaf, nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi, Sila—"

Telefon pintarnya kembali dijauhkan, nombor Syila kembali didail buat kali kedua.

Satu saat...

Dua saat...

Tiga saat...

"Harap maaf, nombor yang Anda—"

Telefonnya kembali dijauhkan dari telinganya, skrin IPhone XR itu dipandang buat seketika.

Satu perasaan mula timbul di hatinya.

Perasaan yang tidak enak.

"Ya Allah, kenapa ibu tak angkat ni. Ada apa-apa jadi ke.." ujar Medina dengan risaunya. Kepalanya kembali naik, melihat langit pada malam itu dengan lama.

Tidak lama kemudian, iris birunya tertuju semula ke skrin telefon. Jari jemarinya mula bergerak menaip sesuatu.

"Medina?"

Kepala gadis itu berpusing ke kiri, melihat pemilik suara yang memanggil namanya.

"Eh Kai, kau tak balik lagi ke?" soal Medina dengan agak terkejut. Tidak sangka bahawa lelaki ini masih ada di sini.

"Tak, aku tunggu abang aku. Dia tak sampai lagi."

Kepala gadis itu hanya di angguk kecil,

"Kau okay tak? Kenapa muka tiba-tiba pucat ni?" soal Kai dengan prihatinnya.

"Kau ada nampak something ke?" tanya Kai dengan risau sambil memandang ke hadapan. Memeriksa sama ada gadis itu ada ternampak apa-apa yang mistik di malam hari itu.

"eh, tak adalah. Fikir bukan-bukan pula kau." Gelak kecil gadis itu, walaupun terselit rasa gelisah dalam dirinya.

Tin! Tin!

Bunyi hon kereta kedengaran kuat, membuatkan pandangan mereka terhala ke hadapan.

"Abang aku dah sampai." Ujar Kai.

"Mana ibu kau? Lambat lagi ke dia nak sampai??" tanya Kai lagi, seakan merisaukan akan keadaan gadis itu.

"Hah? Ouh. Ibu aku kata dia datang lambat sikit. Dia baru gerak keluar dari rumah. Kejap lagi sampai lah tu." tipu Medina.

Hidden Lass | New Ver.Where stories live. Discover now