𝐁𝐀𝐁 07

1.5K 94 8
                                    

Mysterious Girl

Bak kata pepatah orang tua

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bak kata pepatah orang tua. "Dunia ini kecil sahaja, pusing sini jumpa. Pusing sana jumpa, jalan sana jumpa, jalan sini pun terjumpa"

Itulah yang terjadi kepada Medina. Kehadiran manusia itu membuatkan gadis itu terkejut.

"Medina? Apa sebenarnya yang kau buat kat sini? macam mana kau boleh ada dekat sini?" tanya gerangan itu.

"Parents aku jumpa someone," jawab Medina.

"Tapi kenapa kau boleh ada dekat sini, Kai?"

Kai.

Betul, gerangan itu ialah Kai. Rakan sekelas di pusat tuisyennya.

"Aku ikut abang aku. Senang cita, aku terpaksa ikut dia, tak ada orang nak jaga aku kat rumah. Parents aku outstation dekat Mesir." Jelas Kai.

"And, apa abang kau buat dekat sini?"

"Abang aku kena hadir satu majlis rasmi yang berlangsung malam ini, hal kerja... selebihnya I don't know."

"Ehh sekejap, kau pun. Siapa yang parents kau jumpa??" giliran Kai yang bertanya pula.

Seketika Medina tersedar.

Eh betul jugak. Siapa yang Ayah dengan Ibu jumpa? Dekat tempat macam pulak itu.. getus hatinya.

"Medina! Kau termenung pula." ucap Kai yang membuat Medina kembali terjaga dari lamunnya.

"Aku tak tahu. Sampai sini je, kita terus datang sini." balas Medina dengan yakin tak yakin.

"Maksud kau, kau baru sampai dekat sini ke? Dari Malaysia?"

"Haah, baru beberapa jam lepas aku sampai. Nak pergi tandas dulu pun tak sempat, tahu tahu dah ada dekat sini." Sayu gadis itu menjawab.

"Apa pun, parents kau-"

"Miss Natalia!"

Medina dan Kai terus menolehkan kepala ke belakang, ke arah suara itu datang. Buat seketika, Medina mencarut dalam hati.

Shit!

"Miss Natalia, you shouldn't be in this room."ucap dayang yang berusia lewat 60-an itu, kakinya berjalan mendekati Medina.

Seketika dia terhenti, kerana dia perasaan akan sosok asing yang berada di samping Medina.

"Forgive me, Sir. But this is a restricted area for the general public. Please leave here immediately." ucap dayang itu sambil memberikan sedikit ruang buat mereka untuk berjalan keluar dari situ.

Medina dan Kai terus mengangkatkan kaki keluar dari ruangan.

Keluar sahaja dari bilik tersebut, pintu besar itu terus ditutup dan dikunci menggunakan master key yang disimpan oleh dayang itu.

Hidden Lass | New Ver.Where stories live. Discover now