𝐁𝐀𝐁 03

1.7K 119 10
                                    

Mysterious Girl

⊹ Mysterious Girl ⊹

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Medina!"

Minda gadis itu terus tersedar sebaik sahaja dia dapat rasakan bahunya ditepuk dengan kuat.

"Apa!!" balas Medina dengan nadanya yang sedikit marah, tangannya naik memegang bahunya yang sakit.

Pandangan matanya teralih kembali ke hadapan, memandang wajah Syizra.

"Termenung eh kau, tengok dia lama-lama macam tu..." ujar Syizra sambil tersenyum nakal.

"Mana ada!" bantah Medina walaupun perkara yang diucapkan oleh Syizra itu ada betulnya juga.

Medina agak terkejut kerana lelaki misteri yang dia langgar semalam itu adalah murid baru di sekolahnya. Medina tidak pernah terpikir pun yang lelaki itu adalah seorang pelajar kerana dari segi muka dan penampilan agak matang. Seperti sudah menamatkan zaman persekolahannya.

Dan dilihat juga, muka lelaki itu seperti ada kacukan. Kacukan arab? mungkin? Sebab kening dan matanya bukan seperti orang melayu. Apapun Medina pasti lelaki tersebut mempunyai kacukan sesuatu bangsa.

"Tapi kan, aku tengok member-member dia pun hemsem-hemsem juga doh. Muka pun bukan calang-calang nyah, macam ada campuran bangsa lain juga!" ucap Syizra sambil tertumpu fokus ke arah sekumpulan lelaki yang dia katakan.

Medina yang berada disampingnya hanya terduduk diam, sedang berusaha untuk menghabiskan rotinya dengan segera agar dapat beredar dari situ dengan pantas. Dia tidak mahu berlama-lama lagi di situ setelah banyak kali matanya bertemu dengan lelaki itu.

Semua warga sekolah yang berada di kantin itu terutama murid perempuan mulai berbisik-bisik apabila melihat pergerakan jejaka-jejaka itu.

"Aku dah habis makan, aku gerak dulu ya." ucap Medina sebaik sahaja rotinya habis dimakan. Langkahnya terus dibuka, beredar pergi dari situ sebelum Syizra sempat berkata apa-apa kepada.

"M-Medina!" kejut Syizra. Dengan pantas Syizra terus mengikuti Medina dari belakang dan akhirnya mereka berdua beredar dari kawasan kantin.



10 minit telah berlalu sejak tamat waktu rehat bagi tingkatan empat. Kini Medina berada di dalam kelasnya, menunggu cikgu seterusnya masuk.

Kalau diikutkan sekarang ini telah masuk waktu pembelajaran bagi subjek perniagaan tetapi mereka semua dapati bahawa cikgu perniagaan mereka tidak hadir ke sekolah pada hari ini.

Berita yang sedikit gembira buat Medina kerana dapat juga dia menghabiskan masa dengan membaca novelnya selama satu jam sementara menunggu kelas perniagaan habis.

Sewaktu gadis itu sedang khusyuk membaca novelnya, tiba-tiba telinganya menangkap satu perbualan yang berhampiran dengannya.

"We, kau nampak kan tadi, budak baru tu."

Hidden Lass | New Ver.Where stories live. Discover now