𝐁𝐀𝐁 04

1.6K 108 2
                                    

Mysterious Girl

"A-Apa kau buat kat sini??" tanya Medina dengan nadanya yang terkejut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"A-Apa kau buat kat sini??" tanya Medina dengan nadanya yang terkejut. Tidak menjangkakan akan kemunculan lelaki itu.

"Aku duduk sini." Tenang Harriz membalas.

"Sini?! Depan tu!!??" tanya Medina yang inginkan kepastian.

Harriz tidak jawab, sebaliknya dia hanya memandang wajah Medina dengan pandangan tajamnya.

Seketika, mereka berdua membisu. Hanya kedengaran bunyi angin bertiupan sahaja.

Mata mereka bertentangan dengan lamanya, memandang antara satu sama lain tanpa sedar,

Satu saat...

Dua saat...

Tiga saat...

"Gurm Ghurm!" bunyi gerahan kuat kembali kedengaran di telinga Medina, membuatkan kepala gadis itu terus memusing ke tepi.

Sejenak, wajah lelaki di hadapannya turut dikenali.

Allen.

"Hai 'amira." Sapa Allen dengan ramahnya. Satu senyuman manis terbit di bibirnya.

Sejenak, mata Harriz memandang tajam ke arah Allen. Seakan marah akanya.

"Sorry, but my name is not amira but Medina." balas Medina dengan nada yang tidak puas hati.

Medina tidak faham dari mula mereka bercakap, mesti Allen memanggil namanya 'amira dan bukannya Medina. Dia pun tidak tahu, apa sebabnya dia dipanggil dengan nama itu.

"I know, 'amira." balas Allen yang masih tersenyum buat Medina.

"I said, my name-"

"Allen." Tegur Harriz, terserlah nada dinginnya.

Terus terdiam mereka berdua. Medina memandang wajah Harriz dalam diam. Tidak faham kenapa jejaka itu pula yang marah sedangkan yang diejek itu adalah namanya.

Belum sempat Medina mahu bersuara, tiba-tiba terdengar suara Syila memanggil namanya dari dalam rumahnya.

"Go. Ibu kau panggil kau." Arah Harriz, lalu dia terus memusingkan badannya dan melangkah pergi dengan begitu sahaja.

Sewaktu Allen hendak bercakap, Medina terlebih dahulu mengangkat kakinya masuk ke dalam kawasan rumahnya. Sewaktu Medina menutupi pintu pagar rumahnya, dia sempat memberikan jelingan maut buat Allen, lalu terus berlari masuk ke dalam rumah.

Allen yang melihat reaksi Medina itu hanya tersenyum senang. Suka melihat tingkah laku gadis itu, comel.

Allen membuka langkah ke belakang, menuju ke kawasan rumah baaru mereka dan saat itu,

Dup!

Iris hazelnya menangkap renungan maut yang diberikan rakannya. Sejenak, air liur ditelan dengan kelat.

Hidden Lass | New Ver.Where stories live. Discover now