𝐁𝐀𝐁 26

742 71 6
                                    

Mysterious Girl

⊹ Mysterious Girl ⊹

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hospital Putrajaya.

Di situlah jasadnya berada. Dengan fikiran dan otaknya yang kosong, membuatkan gadis itu tenggelam dalam dunianya. Cuba memproses akan apa yang sedang terjadi kepada dirinya dan keluarganya.

Kosong.

Dan gelap.

Itulah yang dirasai olehnya. Medina tidak dapat menunjukkan ekspresi dengan betul sebaliknya gadis itu hanya diam membisu. Langsung tidak mengeluarkan sepatah pun perkataan sejak tiba di hospital kerajaan itu tepat 30 minit yang lalu.

Gadis itu hanya termenung, termenung memandang lantai tatkala otak dan fikirannya melayang ke seluruh arah. Memikirkan tentang keadaan ayah dan ibunya di balik pintu kaca itu.

Kelopak matanya ditutup buat seketika, cuba menenggelamkan kesedarannya buat seketika. Sebelum satu saat, sebuah suara menyedarkannya.

"Cik Medina?"

Kepalanya terus naik, bertemu mata dengan seorang jejaka berpakaian lengkap serba biru.

Gadis itu terus bangun dari duduknya, berdiri berhadapan jejaka lewat 40-an itu dengan sayu.

"Saya Rizal, doktor yang bertanggungjawab dalam pembedahan encik Arman." Ujarnya seraya membuka penutup kepalanya dengan perlahan, seakan cuba untuk menyampaikan sebuah berita buat gadis itu.

"Ayah saya macam mana doktor? Dia dah okay kan?" soal Medina dengan harapan semuanya akan baik-baik sahaja tetapi...

Renungan doktor itu menjawab seluruh persoalannya. Persoalan yang tidak dapat disorok dan diterima dengan setenang hati.

"Maafkan saya, Cik Medina. Kami pihak hospital sudah sedaya upaya cuba untuk menyelamatkan Encik Arman tetapi tuhan lebih menyayangi dirinya."

"Saya harap Cik Medina dapat tabahkan diri, salam takziah daripada saya." Akhir katanya sebelum membuka langkah, pergi meninggalkan gadis itu berseorangan di situ.

Memberi ruang kepada gadis itu untuk menerima kenyataan yang baharu sahaja diketahui.

Medina.

Gadis itu terkaku di tempatnya, berdiri di bawah cahaya lampu yang malap sebelum perlahan-lahan lututnya melemah dan akhirnya jatuh terduduk di bawah.

Telinganya menjadi berdesing tatkala biji matanya mula melilau, melilau tak tentu arah. Tertampar dengan kenyataan bahawa Arman telah pergi menghadap Ilahi.

Pergi meninggalkannya buat selamanya.

Iris birunya tertuju ke bawah, memandang permukaan lantai dengan lama  sebelum lama-kelamaan pandangan matanya mula kabur. Dikaburi dengan sebuah takungan air yang jernih.

Terlihat dengan jelas di renungan matanya, lemah dan tidak bermaya.

Keadaannya sekarang ini seakan ditinggali jasadnya sahaja, rohnya sudah melayang ke meraya tempat. Berlegar sehingga dirinya ditegur banyak kali, tetapi tidak ada seorang pun dapat menyedarkan dirinya.

Hidden Lass | New Ver.Where stories live. Discover now