𝐁𝐀𝐁 29

710 66 5
                                    

Mysterious Girl

Tudung shawl hitam ditarik ke belakang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tudung shawl hitam ditarik ke belakang. Dipakaikan pada kepalanya. Sebelah kain yang panjang, ditarik dan dipinkan di atas kepalanya. Sebelah lagi kain yang pendek itu dilempar ke atas bahu.

Setelah selesai membetulkan tudungnya, beg di atas meja belajarnya terus di capai dan dia membawa dirinya keluar daripada bilik, turun ke tingkah bawah sebelum melirik jam tangan sekilas.

Pukul 15:25 petang elok tentera. Sudah tiba masanya yang dijanjikan bersama seseorang. Setiba di ruang tamu, iris birunya tertuju ke arah seorang wanita awal 50-an.

Cik Leha, dia sedang berehat sambil melayan drama kesukaannya. Setengah hari mencintai Melur. Drama melayu yang tengah hit di masa terkini. Cik Leha ialah orang yang diupah oleh Maizatul. Orangnya sangat baik dan peramah. Dialah yang menjaga makan minum Medina sejak beberapa bulan ini. Medina berasa beruntung kerana dapat seorang pengasuh seperti Cik Leha.

"Cik Leha, Nana pergi dulu ya. Nana rasa Pakcik Rul dah tunggu dekat luar."

"Hah. Baik-baik keluar." Balas Cik Leha sambil memandang sekilas ke arah Medina. Melihat pemergian gadis itu ke arah pintu keluar.

"Cik Leha nak kirim apa-apa tak?"

"Hmm, rasanya tak ada." lembut Cik Leha balas.

"Okaylah, Nana pergi dulu ya. Assalamualaikum."

"Walaikummussalam."

Akhirnya, pintu rumah ditutup rapat. Dia mengunci dan mangga dari luar, memastikan pintu besi itu ditutup dengan kemas sebelum dia menyarung selipar hitamnya dan berlari ke luar.

Selesai sahaja menutup pintu pagar rumahnya, matanya terus menangkap sebuah Range Rover putih yang terparking di hadapan rumah Harriz.

Medina mendekati kereta itu. Menjengguk kepalanya memeriksa sama ada, ada pemandu di dalam atau...

Kosong.

Tiada sesiapa di dalam Range Rover itu, malah enjin kereta itu pun tidak hidup sama sekali. Medina mulai pelik. Ke mana pakcik Rul pergi? Jarang-jarang lelaki itu tidak menepati masa.

"Medina."

Serentak, Medina terus memusingkan badannya ke belakang. Pandang wajah jejaka yang menegurnya.

"Adem... mana pakcik Rul?"

"Dia ada hal. Katanya dia pergi jumpa pakcik kau."

"Oh... kalau macam tu, siapa yang bawa aku pergi beli barang?" kelopak mata gadis itu berkelip laju, renung wajah beku milik jejaka itu dengan bingung.

Adem tidak terus jawab sebaliknya dia terus melangkah ke arah Range Rover itu, secara spesifiknya ke arah tempat pemandu kereta itu.

"Jangan cakap—"

Hidden Lass | New Ver.Where stories live. Discover now