𝐁𝐀𝐁 19

829 79 3
                                    

Mysterious Girl

Angin bertiupan dengan kuat tatkala iris birunya terarah ke atas, memandang dinding langit yang kini mendung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Angin bertiupan dengan kuat tatkala iris birunya terarah ke atas, memandang dinding langit yang kini mendung.

Gelap dan hitam.

Itu menandakan hujan bakal turun ke muka bumi pada bila-bila masa sahaja. Nasib baiklah hari ini tiada acara saringan mahupun aktiviti yang dijalankan dekat padang.

GRUMMM! GURMMM!

Bunyi guruh kedengaran di cakar langit, tidak sampai beberapa detik hujan mula turun membasahi bumi.

Kelopak matanya berkelip, memandang permukaan bumi yang kini dibasahi oleh hujan lebat. Percikan air yang terkena pada wajahnya diabaikan, sebaliknya dia menikmati bau dan kesejukan alam semula jadi itu.

Terasa sangat nyaman dan segar.

Hujan adalah cuaca yang paling dia sukai sejak kecil. Kalau diberi peluang, dia mahu bermandi-mandi di bawah permukaannya, menikmati segala titisan air awam itu jatuh membasahi dirinya.

"Medina."

Kepalanya kembali di toleh, memandang ke arah rakan semejanya yang kini duduk berkumpulan di makmal sains.

"Cikgu suruh buat laporan eksperimen 6.1, kena hantar minggu depan." Pesan seorang gadis yang duduk berhadapan dengannya.

Medina menganggukkan kecil.

"Medina, kau okay tak?" kali ini gadis yang duduk bersebelahan dengannya pula bertanya. Bahkan hampir dua puluh kali soalan sama ditanya kepadanya kerana sikap gadis itu yang terlalu diam dari biasa. Bahkan Medina banyak...

"Medina!"

Mengelamun.

"Hahh!!" Medina kembali tersedar, kelopak matanya berkelip dengan laju tatkala dirinya sedar yang kini semua mata sedang tertuju ke arahnya.

Medina tersenyum polos sebelum merendahkan kepalanya ke bawah, cuba menahan rasa malunya.

Tak sampai beberapa saat, semua murid kembali memandang ke hadapan.

"Eh, Medina. Aku tanya ni, kau betul-betul okay ke tak? Hari ni kau banyak termenung je aku tengok." jelas rakan sebelahnya.

"Aku okaylah." Gadis itu tersenyum tawar, cuba menyembunyikan ekspresi sebenarnya.

Tipu.

Gadis itu menipu.

Dia langsung tidak okay! Semuanya disebabkan guru baharu itu.

Cikgu Asraf.

Disebabkan dia, fikirannya tidak boleh berhenti berfikir tentang percakapan lelaki itu.

Tergiyang-giyang di pikirannya.

'kerja' yang dapat membunuh nyawa seseorang dalam sekelip mata...

"Hm, yalah." akhirnya gadis itu pasrah akannya.

Hidden Lass | New Ver.Where stories live. Discover now