𝐁𝐀𝐁 27

767 69 3
                                    

Mysterious Girl

Angin bertiupan dengan lembut tatkala bunyi dendangan guruh berbunyi kuat di pencakar langit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Angin bertiupan dengan lembut tatkala bunyi dendangan guruh berbunyi kuat di pencakar langit. Awan pada pagi hari ini terlihat sangat mendung dan gelap, menandakan pada bila-bila masa sahaja hujan bakal turun membasahi muka bumi.

Terdapat sekelompok manusia yang sedang berdiri mengeliling dua buah kubur di tanah perkuburan Islam sambil membaca surah ya-sin buat allahyarham.

Dengan berpakaian hitam dan putih, terlihat jelas sekali ekspresi wajah mereka yang berduka dan sedih. Kedengaran begitu sepi sekali esakan mereka.

Grummm Grummm!

Grumm! Grumm!

Guruh petir berbunyi lagi sehingga membuatkan seorang demi seorang mula membuka payung. Bersedia sehinggalah satu saat bacaan ya-sin selesai, hujan mula turun dengan lebatnya. Semua orang berpayung bersama ahli keluarga masing-masing sementara menanda doa di tatkala  seorang iman sedang membaca doa.

Air hujan turun dengan makin lebat, menitik-nitik mengenai kedua buah kubur milik allahyarham Arman dan allahyarhamah Syila.

Sejurus sahaja bacaan doa selesai, semua manusia mulai beredar dari kawasan tanah perkuburan itu. Pergi meninggalkan seorang gadis yang masih setia berdiri di hadapan dua buah perkuburan itu.

Medina.

Dia berdiri di hadapan rumah baharu ibu dan ayahnya sambil memegang sebuah payung hitam di tangannya. Melindung dirinya dari terkena hujan yang deras jatuh dari langit.

Tiada tangisan mahupun raungan daripadanya. Hanya terserlah wajah muram dan kekosongan kerana itulah yang dihadapi olehnya sekarang.

Iris biru itu hanya tertumpu pada batu nisan milik ayah dan ibunya. Dua orang insan yang paling dia sayangi dalam dunia ini tetapi telah pergi meninggalkannya buat selamanya.

Selamanya.

Seketika, gadis itu mulai melangkah dan melutut di antara dua buah kubur itu seraya melepaskan payung di tangannya. Menyebabkan tubuhnya terus dibasahi oleh hujan yang sedang turun dengan lebat itu.

Dua belah tangannya naik, menyentuh tanah di atas kubur Syila dan Arman yang mulai lembap. Diusap dan disentuh dengan lembutnya sebelum sebuah senyuman kecil terukir di bibirnya.

Senyuman yang teramat sakit dan perih.

"Ibu, ayah. Nana pergi dulu ya... nanti Nana datang lagi."" ujarnya dengan nada yang jelas bergetar.

"Nana janji, Nana akan lakukan yang terbaik untuk banggakan ibu dan ayah. Walaupun apa pun, Nana akan lawan... Nana akan lawan." seketika, kepala gadis itu tertunduk ke bawah, membiarkan titisan air matanya jatuh menitis ke tanah.

Dua belah tangan digenggam kuat. Menahan rasa sejuk tatkala seluruh badannya mula membasah akibat air hujan dan tiupan angin embun yang bertiupan dengan kencang. Dapat dirasai dengan jelas rasa sejuk hingga ke tulang rangkanya.

Hidden Lass | New Ver.Where stories live. Discover now