"Rehat nanti nak makan apa eh?" Zehra mengetuk jarinya di dagu acah berfikir.
"Aku tak makan harini. Tak rasa lapar cuma haus." Mereka pandang ke arah Sya pula.
"Same. Minum ja." Mereka berdua menganguk faham.
"Cantik rambut kau. Siapa ikat?" Lysa mengukir senyuman sambil menjongket keningnya.
"Siapa lagi kalau bukan encik crush dia tu. Mesti dug dag dug dag." Terlepas ketawa dua gadis tu dan Sya hanya menjeling tajam.
"Kau ni kan. Suka tapi jual mahal. Apa kau nak sebenarnya ni?" Hairan Lysa dengan sepupunya ini.
"Nak apa? Mana ada apa apa. Lagipun aku suka dia perlu ke aku pergi mengemis dekat dia? Its not me." Balas Sya tenang. Nak pergi mengemis cinta dekat laki tu memang bukan dia la.
"Oh nak suka dalam diam jelah ni? Okeyh faham. Walaupun its hurttttttttt" berleret Zehra berkata. Sya hanya tergeleng perlahan. Benar, suka dekat seseorang dalam diam tu sakit tambahan lagi sudah 3 tahun menyukai orang yang sama.
SEWAKTU rehat mereka bertiga melangkah masuk ke dalam cafe. Zehra menyiku lengan Sya dan memuncungkan bibir ke arah badboy.
Wajah Sya hanya beriak tenang walaupun hatinya panas melihat senior perempuan mereka duduk disebelah Hamsyar.
"Korang pergilah beli. Aku tertinggal barang dalam kelas." Setelah berkata bergitu, Sya terus keluar dari cafe.
"Aish kenapa dia tak bagitahu ja dekat lelaki tu?" Zehra mengangkat bahu.
"Eh berdua ja ka? Mana Sya?" Soal Aizat. Selalunya mereka bertiga takkan berpisah.
"Tak ada mood sebab ternampak sesuatu yang buat dia sakit hati." Lysa tersengih kerana memberi hint kepada mereka. Hamsyar yang dapat menangkap tu segera bangun berlari keluar dari cafe. Terpinga-pinga Aizat dan Calvin.
Hamsyar melangkah masuk ke dalam kelas Sya. Dilihat gadis tu sedang termenung di meja nya dengan mata memandang ke arah luar.
"iraaa." Gadis tu menoleh ke arah Hamsyar yang berdiri di hadapannya. Kening dinaikkan.
"Maafffff." Berkerut dahi Sya bila Hamsyar mendadak menjadi manja. Nasib kelas sepi.
"Maaf untuk?" Hamsyar melutut di tepi kanan Sya. Gadis tu mengubah posisi duduknya dan sedikit menunduk.
"Maaff tadi dia yang duduk sebelah akuu. Jangan marah."
"Ya tak apa lah. Itukan hal kecil ja." Syar geleng kepala nya.
"Tak. Kalau hal kecil kenapa kau tak ada dekat cafe tadi?" Sya tergelak kecil.
"Ehhhh?!! Kau gelak!" Teruja Hamsyar dan dengan reflek dia menekup kedua pipi gebu tu dan ditarik sehingga jarak mereka dekat.
"Kau gelak? Tak pernah aku tengok kau gelak!." Sya diam memandang wajah Hamysar yang dekat dengannya. Jejaka tu yang baru sedar segera melepaskan pipi tu dan bangun. Dia berdehem.
"Jom cafe. Aku tau kau lapar." Ajak nya dan dia melangkah keluar dari kelas tu. Ditoleh ke belakang sebentar. Dada dipegang.
"Lembut pipi dia. Rasa nak gigit." Dikawal mukanya semula apabila bayangan gadis tu sudah mendekati.
"Makan dengan aku." Katanya dan Sya menganguk saja sebagai jawapan.
Hamsyar menyenget kepalanya untuk melihat Sya makan. Gadis tu menoleh dan dinaikkan keningnya.
Ktak.
"Aduh." Diusap dahi nya yang dijentik. Dipandang wajah jejaka ni geram.
"Apa salah aku?" Soal Sya.
"Mata tu tak payah gatal nak tengok lelaki. Aku dekat sebelah ja ni." Bukan dia tidak nampak gadis ini memandang lelaki lain.
"Heh biarlah. Handsome apa." Mata Hazel Hamsyar tajam memandang wajah gadis ni. Sya memandang tangan jejaka tu yang ada di atas meja. Terkepal erat.
"Tak tak. Aku gurau jelah. Jangan marah ye?" Tangan kanan naik mengusap lembut belakang kepala Hamsyar. Jejaka tu yang mahu marah terus tidak menjadi.
"Okeyh." Terasa selesa bila diusap bergitu. Sya menghela nafas lega.
YOU ARE READING
THE PERFECT HUSBAND [C]
RomanceSuka dalam diam? Memang itulah yang terjadi. Terjatuh hati pula dengan jejaka yang nakal dan selalu buat onar di dalam sekolah. Tapi disebabkan ego, dia menjual mahal. Siapa sangka yang menjadi mangsa jejaka tu adalah tidak lain tidak bukan ialah ga...