BAB 3

7.1K 455 6
                                    

"Sya kejap lagi kau bagitahu geng kelas kita pergi bilik makmal komputer. Aku nak kena pergi bilik guru sekejap." Tutur Aqeel apabila terserempak dengan Sya yang baru balik dari tandas.

"Ha oke" Diatur langkah ke kelas dan Aqeel berlalu pergi ke bilik guru.

"Makmal komputer." Itu saja mampu buatkan pelajar dalam kelas tu faham. Mereka mula mengeluarkan buku untuk dibawa.

"Sya jom." Mereka bertiga melangkah keluar dari kelas tu namun terhenti apabila Badboy berdiri di hadapan pintu kelas.

"Aku nak jumpa kau." Sya menganguk kepalanya perlahan dibuat isyarat ke arah dua sepupunya untuk pergi.

"Jumpa siapa tadi?" Hamsyar berpeluk tubuh dengan tatapan dingin nya.

"Jumpa siapa?"

"Aku tanya tu jawab. Jumpa siapa tadi?" Berkerut dahi Sya tidak faham.

"Tadi pergi tandas jelah lepastu terserempak dengan Aqeel." Jelas Sya.

"Jantan tu nak apa?" Dah macam polis pulak nak siasat siasat ni.

"Dia suruh kitorang pergi makmal sebab dia ada urusan nak ke bilik guru itu ja." Hamsyar mengangguk faham.

"Okeyh pergilah." Sya menjeling tajam ke arah nya.

"HEH! MATA TU! NAK AKU CUNGKIL KE HAH!" Lantang suaranya bila Sya sudah jauh darinya.

"TAK TAKUT!!" Jerit gadis tu semula. Hasmyar melepaskan nafas kasar.

"Kau cemburu ke tengok dia sembang dengan laki lain?" Calvin menjongket keningnya dengan senyuman mengejek.

"Tak." Aizat menepuk bahu Calvin.

"Orang yang ego selalunya rugi kau tunggu lah kalau si Sya tu ada orang lain. Memang meraung sahabat kita ni." Calvin melepaskan ketawanya disertai Aizat.

"Siapa yang nak rampas Sya dari aku? Memang mampos aku bunuh." Dia berjalan pergi. Dua sahabatnya hanya tergeleng perlahan.

"Zehra. Tadi kau ada beli air tak? Aku haus lah." Zehra mengaru kepalanya.

"Tak ada lah Sya. Aku lupa beli tadi."

"Argh!" Sya menjerit terkejut apabila terasa sesuatu benda sejuk di pipi kirinya. Didongak memandang Hamsyar.

"Nih minum." Setelah Sya menyambut huluran nya dia bercangkung untuk mengikat tali kasut Sya kerana mereka sudah habis untuk subjek sains komputer.

"Sini aku ikatkan." Aizat dan Calvin turut bercangkung mengikat tali kasut Lysa dan Zehra.

"Haus lagi?" Sya mengeleng kepalanya tanda tidak.

"Terima kasih." Jejaka tu menganguk saja dan bangun dari cangkungan. Kepala Sya digosok perlahan. Ditahan bibir dari tersenyum. Arghh cair!.

"Nak aku tolong bawa buku?" Soalnya dan Sya mengeleng pantas.

"Sikit ja ni. Kau asal tak masuk kelas? Ponteng je kerja." Dijeling ke arahnya. Kedua ibu jari Hamsyar naik mengusap kedua mata Sya dan gadis tu memejamkan matanya.

"Kau jeling aku kau nak aku cungkil mata cantik kau ni ke hm?" Dia masih mengusap lembut. Sya telan air liur nya takut.

"T..tak nak." Dicelikkan mata nya semula bila jari tu tidak lagi mengusap.

"Kau jeling lagi kau kena dengan aku." Dia mengatur langkah pergi.

"Bye honey muah." Aizat membuat flying kiss ke arah Lysa. Gadis tu membuat muka nak muntah.

THE PERFECT HUSBAND [C]Where stories live. Discover now