"Cikgu nak kamu semua bangun dan pergi dekat cikgu rumah sukan kamu masing masing untuk tahu acara apa kamu masuk pada minggu hadapan."
Mereka mengeluh dan bangun ke arah cikgu rumah sukan masing masing.
"Berjumpa lagi kita Ukasya." Ditoleh ke arah kiri dan menjulingkan matanya tanda menyampah.
"Kau nak apa lagi Aaryan?" Sya duduk bersila dan jejaka tu duduk disebelah nya. Kenapalah Hamsyar rumah sukan warna hijau dan dia pula warna biru.
"Aku tegur kau ja takkan itu pun salah?" Sya hanya menghiraukan saja lelaki disebelahnya ini.
"Aesira Ukasya kamu akan masuk acara lompat tinggi, lompat jauh dan larian 100 meter." Sya mengangguk faham.
"Kau nak lompat tinggi? Pendek ja." Sindir Aaryan selamba. Sya mengetap bibir geram.
"Kau tunggu dan tengok jelah." Jejaka ni belum kenal dia siapa. Tidak tahukah yang dia juga atlet? Setakat lompat tinggi dia boleh capai pingat emas. Bangga sikit.
Sya bangun mendekati Zehra dan menunduk sedikit apabila sepupunya mahu membisikkan sesuatu.
"Hari Isnin minggu depan kau ganti aku lontar lembing boleh? Aku datang bulan lah jadi tak selesa. Boleh eh?" Zehra juga rumah sukan bewarna biru seperti Sya.
"Kalau dapat pingat dapat dekat aku atau kau?" Sya mengukir senyuman nya. Zehra memuncungkan bibirnya.
"Tak ada lah. Aku tolong tapi pingat tu kau ambil." Zehra tersengih dan Sya bangun untuk duduk tempat nya semula.
"KAU COUSIN TERBEST!" Jerit Zehra dan pelajar lain menoleh ke arah gadis tu. Sya mengangkat dumb up.
Hamsyar, Calvin, Heykal- hijau.
Sya, Zehra, Aaryan - biru.
Lysa, Aizat, Arif - Kuning."Hm kita tak cukup sorang lagi untuk lumba lari button. Aesira Ukasya kamu boleh ambil?" Gadis tu angkat muka dan menganguk.
"Kau sure ke kau boleh ambil? Mana tahu lembik tengah padang." Aaryan seakan ingin merendahkan Sya.
"Diam lah. Banyak mulut sungguh cekodok ni." Membulat mata Aaryan bila dipanggil cekodok.
"Kau panggil aku cekodok? Kau nak aku sumbat cekodok dalam mulut kau tu ke hah?" Marahnya namun Sya menjelirkan lidah nya tidak kesah.
"Tak takut werk." Aaryan mengepal penumbuknya erat.
"Nasib kau perempuan ja."Dihela nafas kasar. Sabar Ryan.
Sya menoleh mencari suaminya. Setelah jumpa dia menunjuk mini love. Hamsyar memegang dadanya dan terbaring di peha Calvin.
"Kau kenapa?" Terkejut Calvin bila Hamsyar terbaring dipehanya sambil pegang dada. Nak mati dahke?
"Kena panahan cinta" dia tergelak dan Calvin memandang nya kosong. Dijentik dahi Hamsyar sehingga dia mengaduh sakit.
"Gedik." Hamsyar menjeling dan bangun dari baringannya. Dipandang ke arah Sya. Angin tiba tiba meniup kencang. Dilihat ke arah langit gelap saja seperti menandakan hari mau hujan.
"Hm abangg." Ditoleh ke arah Sya yang berlari mendekati nya sambil menutup mata kiri.
"Kenapa sayang?" Dipegang tangan Sya yang menutup matanya itu.
"Habuk masuk mata." Hamsyar meniup perlahan mata isterinya.
Fuh.
"Erm." Digosok matanya.
"Dah okeyh?" Sya mengedipkan mata nya berkali kali dan tersenyum sebelum menganguk.
"Terima kasih." Hamsyar menarik isterinya untuk duduk disebelah.
"Duduk ja dekat sini. Kenapa tadi kena duduk sebelah jantan tu juga?" Dijongket keningnya.
"Dia yang datang duduk sebelah Sya. Not my fault okeyh." Sya membela dirinya. Hamsyar mengosok kepala gadis tu.
"Jadi nyamuk hm." Mereka berdua menoleh ke belakang melihat Calvin yang wajahnya tidak berperasaan.
"Cuba terbang." Kata Hamsyar dan Calvin menjeling. Sya tergelak kecil.
Calvin menoleh ke arah Heykal yang sedang makan oreo. Terhenti jejaka tu mahu makan bila Calvin pandang tidak emosi. Dihulur Oreo tu ke arahnya.
Jejaka tu ambil dan disuap ke dalam mulutnya.
"Ada jual dekat cafe?" Heykal menganguk saja.
"Aku tak tahu pun."
"Diorang baru jual harini. Ini pun pagi tadi aku ternampak dekat atas tu diorang letak.". Calvin menganguk faham.
Mereka segera bangun apabila semuanya telah selesai.
"Esok cuti dua hari hm"Diketuk jarinya di dagu.
"Sayang nak pergi mana? Pantai? Mall?"Sya pandang suaminya.
"Kita pergi main ice skating!" Hamsyar menganguk dan dipeluk bahu isterinya.
YOU ARE READING
THE PERFECT HUSBAND [C]
RomanceSuka dalam diam? Memang itulah yang terjadi. Terjatuh hati pula dengan jejaka yang nakal dan selalu buat onar di dalam sekolah. Tapi disebabkan ego, dia menjual mahal. Siapa sangka yang menjadi mangsa jejaka tu adalah tidak lain tidak bukan ialah ga...