"Wahh hensem betul suami Sya ni!" Puji Sya dan ditepuk tepuk dada si suami kerana malam ni mereka akan pergi dinner.
"Happy semacam ja ada sesuatu?" Soal Hamsyar dan Sya tergelak bebas.
"Mana ada cuma yelah happy lah nak keluar dinner dengan suami tercinta kan." Katanya dan digengam tangan Hamsyar sebelum melangkah keluar dari bilik tersebut.
"Sya dah tempah tempat khas untuk kita dua. Sya harap abang suka lah." Senyuman manis gadis tu tidak lekang di bibir.
"Tetiba kau ajak dinner selama ni boleh ja makan malam dekat rumah." Kata Hamsyar.
"Sekali sekala apa salahnya kan?" Mungkin ini kali terakhir. Sambung Sya di dalam hatinya dan fokus dengan memandu. Tibanya di tempat tu mereka melangkah keluar.
Mereka berdua melangkah ke arah pantai dan disana terdapat sebuah meja yang dihias disertai lampu serta bunga rose bewarna merah di pasir.
"Cantik. You do this?" Soal Hamsyar dan Sya menganguk.
"Of course dan ni special untuk kita dua." Sya dan Hamsyar duduk di meja tersebut. Angin malam meniup lembut wajah mereka berdua.
"Abang." Panggil Sya. Jejaka tu yang sedang memandang laut segera menoleh ke arah isterinya.
"Kenapa?" Soalnya bila melihat Sya seakan mahu bercakap sesuatu. Sya mengengam tangan Hamsyar erat.
"Abang perlu tahu yang Sya hanya sayangkan abang sorang ja. Tak pernah terdetik dalam hati ni nak cari orang lain. Abang terlalu sempurna untuk Sya. Sya bersyukur memiliki seorang suami macam abang. Sya tak pernah menyesal dapat kenal abang, Sya tak menyesal dapat memiliki abang sebab semua tu adalah benda sesuatu yang Sya inginkan." Sya berhenti seketika.
"Sya tak minta banyak cukup percaya Sya saja for this time. Sya ikhlas sayangkan abang dan abang kena tahu Sya tak pernah buat benda buruk belakang abang. Sikit pun tak pernah. Kalau abang nak tahu kan. Bertapa susahnya Sya nak memiliki abang selama 3 tahun Sya suka kan abang dan sekarang Allah takdirkan kita sebagai suami isteri adalah anugerah yang sangat sangat Sya bersyukur."
Hasmyar terdiam mendengar semua kata kata isterinya. Disebalik mata cantik tu jelas menunjukkan yang dia sangat jujur. Genggaman isterinya dibalas lebih erat.
"Boleh kan? Percayakan Sya untuk kalini. Kehadiran abang dalam hidup Sya sangat berharga. Hati Sya sudah sepenuhnya dimiliki oleh abang. Sya tak kesah abang nak buat Sya macam mana pun. Pukul lah Sya, hina lah Sya, keji lah Sya sekali pun Sya tetap dengan pendirian Sya sendiri iaitu tetap sayangkan abang. You are my heaven Hamsyar. Tiada siapa boleh gantikan posisi abang sampai akhir hayat Sya."
Jujur hati seorang Raja Hazim Hamsyar sangat tersentuh dengan kata kata isterinya.
"Sya rindu sentuhan dan belaian kasih sayang dari seorang suami iaitu abang. Kebahagiaan Sya ada pada abang. Only you."
"Abang tersentuh dengan kata kata sayang. Kenapa dari percakapan sayang macam nak tinggalkan abang? Apa yang sayang sembunyikan?" Dia tahu Sya sedang menyembunyikan sesuatu.
"Nanti abang akan tahu sendiri. You love me husband?" Soal Sya dan Hamsyar diam seketika.
"Yes i love you more sweetheart. Janji dengan abang jangan tinggalkan abang ya?" Sya menganguk dengan senyuman manis tidak lekang di bibir.
"Hanya kematian yang mampu pisahkan kita."
YOU ARE READING
THE PERFECT HUSBAND [C]
عاطفيةSuka dalam diam? Memang itulah yang terjadi. Terjatuh hati pula dengan jejaka yang nakal dan selalu buat onar di dalam sekolah. Tapi disebabkan ego, dia menjual mahal. Siapa sangka yang menjadi mangsa jejaka tu adalah tidak lain tidak bukan ialah ga...