"Kau kenapa Sya dari tadi diam ja. Tak sihat ke?" Soal lysa dan diletakkan belakang tapak tangannya di atas dahi dan leher Sya tidak panas.
"Sakit tekak ja." Katanya.
"Asal tak bagitahu awal awal kalau tak aku dah bawa ubat. Ni dah dekat sekolah baru nak bagitahu." Bebel Zehra geram. Sya hanya diam saja.
"Aku dah bawa dah." Ditunjuk Strepsils. Mereka berdua mengangguk.
"Hm awak saya nak bagi ni." Langkah Sya terhenti bila ada yang menghalang. Jejaka tu menghulurkan coklat Cadbury.
Digeleng kepalanya tanda tidak mahu. Dia alah dengan coklat.
"Please awak ambil lah." Sya mengeleng lagi. Sudahlah tekak nya sakit. Mahu keluarkan suara saja susah.
Mahu tidak mahu diterima lah juga supaya jejaka ni pergi. Tersenyum Rafakil bila pemberiannya diterim.
Sya mengukir senyuman nipis sekadar mengucap terima kasih dan jejaka tu langsung pergi apabila Badboy datang menghampiri.
"Seronok dapat coklat dari dia?" Hamsyar menjongket keningnya. Sya mengeleng kepalanya tanda tidak.
"Makan lah. Orang dah bagi tu." Sengaja Hamsyar cuba menguji Sya sama ada gadis ni berani makan atau tidak tapi Sya hanya mampu menggeleng.
"Makan nanti cair tak sedap pula." Sya pandang Hamsyar. Dia harap sangat dari matanya jejaka ni faham.
"MAKAN!" Meninggi suara Hamsyar sehingga dua sahabatnya turur terhinjut bahu.
"Bro rilex lah." Tegur Calvin.
"Sy..sya alah coklat." Berkerut wajah nya apabila mengeluarkan suara. Tangan kiri naik memegang leher.
"Sya kau okeyh? Asal muka kau merah ni?" Soal Aizat hairan.
"Sya." Mereka menoleh ke arah belakang dimana Lysa dan Zehra mendekati.
"Asal kau pegang coklat ni? Kau kan alah." Diambil coklat tu dari tangan Sya.
"Tekak kau sakit?" Soal Lysa dan Dia mengangguk.
"Kita balik eh. Badan kau pun panas." Hamsyar yang mendengar tu menolak Lysa perlahan ke tepi. Wajah Sya disentuh olehnya.
"Panas." Dipandang wajah Sya.
"Aku bawa kau pergi klinik." Dia terus mencempung tubuh Sya dan dibawa pergi. Tercengang yang lain.
"Aku minta maaf tengking kau tadi." Diletakkan Sya perlahan lahan di seat. Hamsyar boleh dikatakan sangat posesif. Apa yang dia nak dia akan dapat dan apa yang dia telah dapat takkan sesenang itu dia lepaskan.
"Lain kali kalau rasa tak sihat jangan datang sekolah." Tangan kiri naik mengusap rambut tu perlahan sambil tangan kanannya memegang stereng. Kesah apa dia keluar sekolah bergitu saja. Lagian keluarganya juga orang ternama.
Hospital.
"Ukasya hanya demam biasa saja. Biasalah kekadang akan datang sakit tekak macam tu. Saya sarankan lepas ni bagi dia minum air yang secukupnya sebab saya tengok dia kekurangan air dalam badan." Jelas doktor Ainun.
"Baiklah terima kasih." Setelah doktor tu pergi, dia melangkah masuk ke dalam wad Sya. Memang hamsyar sangat posesif sampaikan Sya sakit tekak saja boleh dibawa ke hospital.
Awalnya mahu ke klinik tapi daripada pergi klinik baik datang ke hospital ja terus. Wajah Sya yang sedang tidur tu dipandang.
Dilentokkan kepalanya di tepi tangan Sya. Tidak lupa juga jari jemari tu digengam olehnya.
Lama kelamaan dia terlelap disamping Sya.
YOU ARE READING
THE PERFECT HUSBAND [C]
Roman d'amourSuka dalam diam? Memang itulah yang terjadi. Terjatuh hati pula dengan jejaka yang nakal dan selalu buat onar di dalam sekolah. Tapi disebabkan ego, dia menjual mahal. Siapa sangka yang menjadi mangsa jejaka tu adalah tidak lain tidak bukan ialah ga...