BAB 18

4.7K 337 3
                                    

"Semalam kenapa tak hadir?" Soal Hamsyar dan Sya tersengih.

"Sakit perut kelmarin. Kami bertiga salah makan." Tipunya. Takkan lah dia mahu jujur dengan jejaka ni nanti pasti rahsianya terbongkar yang dia berkerabat diraja.

"Masih sakit?" Sya mengeleng kepalanya tanda tidak.

"Aku ada benda nak cakap dengan kau ni." Kedengaran suara Hamsyar agak kendur. Sya menjongket keningnya menandakan apa.

"Family aku nak jodohkan aku dengan seseorang." Sya terdiam mendengar tu. Hatinya sakit tapi dia juga akan dijodohkan dengan seseorang.

"Aku dah tolak tapi diorang paksa aku sayang. Aku sayangkan kau. Aku taknak kahwin dengan perempuan tu." Dipegang kedua tangan Sya.

"Kita lari nak? Aku bawa kau pergi jauh dari sini lepastu kita hidup bahagia dua." Hamsyar mula memberi cadangan gila.

"Tak boleh Hamsyar. A..aku pun dijodohkan juga." Terkejut jejaka tu. Digeleng kepalanya tidak percaya.

"Tipu! Kau bagitahu aku yang benda ni tipu kan? Kau milik aku iraa." Digengam erat tangan tu. Dia tidak mahu Sya menjadi milik orang lain. Aesira Ukasya hanya miliknya.

"Aku tak tipu Hamsyar. Aku tak boleh tolak." Ditundukkan kepalanya. Hamsyar menghela nafas perlahan.

"Kita lari ya?" Sya mengeleng kepalanya.

"Abang aku mesti akan cari sampai jumpa. Kau tahu kan abang aku siapa? Dia Alex ketua geng motor. Kawan kawan dia ramai." Hamsyar terdiam mendengar itu.

"But i love you iraa. Aku taknak kahwin dengan orang lain. Aku nak kau. Please, kita lari." Hamsyar tetap mahu melakukan cadangan gila nya.

"Taknak Hamsyar! Kita lari jauh pun kalau keluarga kita tak restu, rumah tangga takkan bahagia." Sya mula bersuara tegas.

Hamsyar memeluk tubuh kecil tu. Dilentokkan kepalanya di perut Sya.

"Kau tak sayangkan aku dah ke ira? Kau nak sangat ke kahwin dengan lelaki tu?. Kau cakap kau suka aku tapi kenapa kau taknak ikut aku lari?." Sya tidak mampu mengeluarkan kata kata nya.

"Hamsyar, kita selesai sampai sini saja ya? Anggap kita tak pernah kenal selama ni. Untuk 3 tahun penantian aku selama ni anggap jelah tu hanya mimpi. Kita buat haluan masing masing." Hamsyar mengeleng kepalanya tidak mahu. Pelukan dieratkan.

"Jangan tinggalkan aku iraa. Aku sayangkan kau sangat sangat. Kenapa masa aku dah sayangkan kau benda ni akan terjadi?" Air mata jantan Hamsyar mengalir ke pipinya dan mengangkat muka memandang Sya.

Terkejut Sya melihat air mata Hamsyar. Tangan kiri naik menyeka air mata jejaka tu perlahan.

"Why iraa? Aku nak kau ira, aku nak kau! Aku boleh culik kau masa akad nikah kau nanti. Aku boleh bawa kau lari dari sini!."Sya segera menekup kedua pipi Hamsyar.

"Syar listen. Kekadang mencintai tak seharusnya memiliki dan melepaskan tak bermaksud tak sayang tapi demi kebahagiaan antara kita, kita kena belajar melepaskan seseorang. Hamsyar bahagia dengan pilihan Hamsyar dan Sya bahagia dengan pilihan Sya." Diukir senyuman manisnya buat kali pertama untuk lelaki yang selama ini dia mencintai secara diam diam.

THE PERFECT HUSBAND [C]Where stories live. Discover now