BAB 29

4.6K 273 1
                                    

"Basuh baju baju aku." Sya menyambut apabila Hamsyar melemparkan baju bajunya. Sya hanya akur. Sudahlah cuti sekolah 2 minggu dan dia pula kena jadi hamba.

Sya terbatuk kecil dan berdehem perlahan. Dimasukkan pakaian ke dalam mesin basuh. Setelah siap dia melangkah masuk ke dalam bilik air untuk mandi dahulu.

Dia terpaksa menggunakan bilik air bawah kerana bilik air dalam bilik mereka berdua dulu sudah tidak diberikan keizinan oleh Hamsyar.

Sya melangkah keluar dengan berkembam saja dan kebetulan Hamsyar turun dari tangga. Halkum nya turun naik menahan rasa dalam dirinya.

Sya menyelitkan rambut nya di kebelakang telinga dan dimasukkan pakaian ke dalam bakul.

"Jangan keluar sidai kain dengan pakai macam ni." Terkejut Sya dan menoleh ke belakang melihat Hamsyar yang pandangnya tajam.

"Baiklah." Dia memusingkan badannya semula untuk menyambung tugasnya. Hamsyar mendekati isterinya dan dipeluk tubuh tu.

"Wangi." Katanya bila menghidu rambut panjang Sya. Berdegup kencang jantung Sya bila mendapat perilakuan Hamsyar.

Sya terpandang lipan di dinding dan membulat mata nya.

"Abang! Lipan." Dipegang erat tangan sasa suaminya di pinggang dan dipejam rapat matanya.

Hamsyar pandang ke arah dinding dan dipandang wajah isterinya yang takut tu. Dipusingkan tubuh kecil tu dan ditarik ke dalam dakapannya.

"Open your eyes." Sya membuka matanya dan dihela nafas perlahan.

"Pergi pakai baju sekarang." Sya menganguk dan segera melangkah pergi. Hamsyar mendekati lipan tu dan dikeluarkan pisau lipat nya dalam kocek seluar.

Zap.

Pisau lipat tu terpacak di bahagian tengah badan lipan tersebut. Mengelupur binatang tu.

SYA terbatuk batuk. Sakit dadanya dan dicapai tisu. Ditekup mulutnya. Terkejut dia bila ditisu tu dipenuhi dengan darah.

Cepat cepat dia membasuh mulutnya dan melangkah keluar dari bilik air. Sosok tubuh Hamsyar didekati.

"Abang. Sya nak keluar sekejap boleh?" Jejaka tu menganguk saja tanpa menoleh. Sya segera keluar dari rumah tersebut.

Setibanya di hospital. Sya melangkah masuk ke dalam dan diberi ic nya pada penjaga disitu. Setelah nama dipanggil, dia segera masuk ke dalam.

"Sebenarnya saya sakit apa doktor?" Soal Sya setelah dia dicheck.

"Kalau saya bagitahu ni awak kena bersabar ya." Sya menganguk.

Langkah diatur keluar. Bag diletak di seat sebelah. Ubat ubat tu diletakkan ke dalam bag sandangnya. Tangan kanan naik memegang dahi.

"Perlu ke aku bagitahu dia?" Dihela nafas perlahan dan dihidupkan enjin kereta untuk pulang.

"Assalamualaikum." Sya melangkah masuk ke dalam dan mengukir senyuman manisnya buat si suami.

"Kau pergi mana tadi?" Soalnya.

"Sya pergi jalan jalan jaa kena kena angin. Seronok! Nanti kita keluar sama sama boleh?" Sya merebahkan badan nya dan kepala diletakkan di peha si suami.

Tersentak Hamsyar dengan tindakan si isteri. Sya mengambil tangan Hamsyar dan digengam erat.

"Hm abang malam esok kita pergi dinner boleh?" Didongak memandang wajah si suami.

"Kenapa ajak aku? Bukan kau ramai balak ke?" Sya memuncungkan mulutnya.

"Eish! Sya nak abang jelah bukan orang lain. Boleh lah eh eh?" Dia bangun dan mengucup pipi Hamsyar. Membulat mata jejaka tu bila dicium.

"Berani eh cium aku." Sya menjelirkan lidah nya.

"Biarlah Sya nak cium suami Sya sendiri." Ditekup kedua pipi jejaka tu dan dicium seluruh wajah si suami.

"Sudahlah rimas tahu tak." Katanya namun Sya hanya tergelak saja. Dia tidak tahu sampai bila dia boleh bergurau bergini.

"Tetap sayangkan Sya ya walaupun apa yang terjadi." Hamsyar terdiam mendengar tu dan mata isterinya berair.

"Sayang kenapa ni?" Soal Hamsyar risau. Sya mengambil tangan suaminya dan dicium penuh kasih sayang nya.

"I love you more. Always love you and only you." Kata Sya dan dipeluk erat tubuh Hamsyar. Jejaka tu tidak faham apa yang isterinya mahu sampaikan. Tangan naik mengusap belakang Sya.

THE PERFECT HUSBAND [C]Where stories live. Discover now