BAB 27

4.4K 267 4
                                    

"abang sarapan dulu jom?" Ajak Sya bila melihat suaminya sudah turun dari tangga. Jejaka tu hanya memandang sebelum melangkah keluar dari rumah untuk ke sekolah.

Sya mengeluh perlahan. Entah kenapa dengan suaminya. Sejak petang kelmarin lagi jejaka tu tidak bercakap dengan nya bahkan bila diajak makan langsung Hamsyar tidak peduli.

"Sya. Korang dua okeyh ke? Asal aku tengok korang dua macam gaduh?" Tanya Lysa bila melihat Sya dan Hamsyar seakan bergaduh. Selalunya bila disekolah bukan main sweet lagi.

"Entahlah Lysa aku pun tak tahu kenapa." Jawab Sya dan dipandang suaminya yang bergelak tawa dengan Calvin serta Aizat.

"Abang. Sya balik lewat sikit harini ada kerja kumpulan kena buat dengan sepupu." Tutur Sya dan Hamsyar pandang nya kosong.

"Aku tak kesah." Terkejut Sya mendengar panggilan yang digunakan oleh jejaka tu.

"Abang kenapa ni? Sya ada salah ke?"soalnya.

"Kau diam boleh tak betina? Baik kau berambus depan aku sekarang." Menajam mata jejaka tu. Sya mengangguk perlahan dan segera melangkah pergi dari situ. Dia pelik dengan Hamsyar yang tetiba berubah.

PULANG sahaja Sya dari rumah Lysa dan Zehra, dia segera masuk ke dalam rumah mereka berdua.

"Lama kau buat kerja kumpulan atau kau pergi jual badan kau dekat jantan lain?" Hamsyar mengangkat keningnya.

"Sya tak buat benda macam tu abang." Sakit hati nya bila dituduh seperti tu. Hamsyar menarik kasar rambutnya sehingga Sya menjerit sakit.

"Kau tak payah nak menipu aku lah betina. Berapa harga diri kau supaya jantan boleh bayar kau? Murah sangat?" Sya mengeleng kepalanya.

"Lepas abang. Sakit.". Mohon Sya.

"Siapa abang kau? Eh aku jijik lah perempuan murah macam kau ni! Jangan ingat aku tak tahu yang kau pernah tidur dengan jantan lain!" Ditolak kasar tubuh tu sehingga Sya terjatuh ke lantai.

"Sya tak buat benda tu abang! Berapa kali Sya nak cakap?" Mengalir deras air mata nya. Kenapa suaminya jadi bergini?.

"Tak payah nak tinggikan suara dengan aku lah betina!" Ditampar wajah Sya kuat sehingga pecah bibirnya. Tangan naik memegang pipi tidak percaya.

"Sampai hati abang kan naik tangan dengan Sya." Sayu hati nya bila suami yang dicintai sanggup memukulnya.

"Perempuan macam kau layak kena layan macam sampah! Aku jijik dengan betina kotor macam kau." Mata berair tu pandang mata suaminya.

"Kotor sangat ke Sya ni depan mata abang?"

"YES! KAU PEREMPUAN MURAH! MENYESAL AKU KAHWIN DENGAN KAU KALAU SELAMA NI KAU PERNAH TIDUR DENGAN JANTAN LAIN!" Tengking Hamsyar kuat.

"Tu semua fitnah abang. Arh!" Terjerit dia bila Hamsyar menarik rambutnya sehingga dia terdongak.

"Fitnah? Bukti dah aku tengok lah!! Tidur satu katil tak berbaju dengan jantan lain itu kau kata fitnah?. Jelas jelas muka kau lah sial!" Hambur nya dan dihentak kepala Sya dilantai.

"Arh sakit." Dipegang dahinya. Hamsyar melangkah naik ke bilik meninggalkan Sya diruang tamu.

"Aku nak kau tidur luar! Aku taknak tidur dengan perempuan murah macam kau ni. Dan aku taknak tengok kau tidur dekat mana mana bilik yang ada dalam rumah ni. Berambus!" Jerkahnya bila Sya masuk ke dalam bilik tu. Semu pakaian Sya dilempar ke lantai.

"BLAH!" Sya menunduk mengambil pakaian nya dan melangkah keluar dari bilik tersebut.

Sya merebahkan badannya di sofa. Dahinya yang masih berdarah dipegang sebelum matanya perlahan lahan tertutup rapat kerana mengantuk.

HAMSYAR menolak tubuh tu sehingga jatuh dari sofa dan Sya meringis sakit dibelakang nya.

"Tak payah nak membuta. Aku nak kau masak sekarang! Itu dahi kau tu nak tunjuk dekat siapa? Nak bagi orang kasihan dekat kau? Basuh sekarang." Arahnya dan Sya hanya akur dengan arahannya.

Sya mengikat rambutnya sehingga menjadi ekor kuda dan mula mengeluarkan bahan mentah untuk masak.

Dia tersentak apabila ada sepasang tangan melingkari pinggang nya. Nafas hangat jejaka tu terasa di lehernya.

Cup.

Hamsyar mengucup leher putih milik isterinya. Sya hanya diam membiarkan. Di dongak membuka kabinet  untuk mengambil garam namun pantas Hamsyar menolong.

"Terima kasih." Katanya dan menyambung tugas nya.

"Kau suka aku cium kau?" Soal Hamsyar tetiba dan Sya menganguk perlahan.

"Kalau orang lain?" Digeleng pantas kepalanya. Hamsyar tersenyum sinis.

"Aku laki dan aku cium kau, kau suka. Jadi tak ada beza kalau laki lain cium kau mesti kau suka kan?"

"Tak. S..sya lebih suka abang cium Sya." Walaupun gugup tapi dia tidak mahu Hamsyar menuduhnya bukan bukan.

Tersungging bibir Hamsyar dan melabuhkan dagunya di bahu Sya.

THE PERFECT HUSBAND [C]Where stories live. Discover now