"Oh ini lah awek Hamsyar?" Ketiga gadis tu mengangkat muka memandang wajah ketiga jejaka dihadapan mereka sekarang.
"Kau kenal diorang ke Sya?" Soal Zehra dan Sya mengeleng kepalanya tanda tidak kenal.
Aaryan duduk disebelah Sya tanpa riak bersalah. Tangan kanannya memeluk bahu gadis tu dan ditarik rapat. Terkejut dia.
"Kau pehal!" Sya menjauhkan dirinya namun Aaryan menarik pinggang Sya pula dan dicium pipi tu dengan selamba. Membulat mata Lysa dan Zehra. Sya memegang pipinya dan menolak Aaryan jauh.
"Lembut pipi kau." Jejaka tu mengukir senyuman sinisnya.
"ira, apa ni?" Mereka menoleh ke arah Hamsyar. Jejaka tu pandang Sya dan Aaryan.
"APA BENDA NI!"jerkah Hamsyar dengan nafas turun naik.
"Tak. Bukan salah Sya." Gadis tu bangun dari duduknya.
"AKU DAH NAMPAK LAH! KAU BERPELUKAN DENGAN DIA! BAGI DIA CIUM KAU!" Hamsyar melangkah keluar dari cafe tu. Sya pandang mereka dan matanya jatuh ke arah Aaryan.
"Bangsat." Dia berlari keluar untuk mengejar langkah Hamsyar.
"Apa motif korang ni hah? Datang tak diundang tetiba datang buat hal." Marah Zehra dan ditarik lengan Lysa.
"Vin, Aizat." Dua jejaka tu mengikuti langkah Zehra dan Lysa.
"Syar. Hamsyar!" Panggil Sya dan dicari sosok tubuh tu.
"Hamsyar dekat mana." Nafas Sya termengah mengah kerana penat.
"Hamsyar!" Sya yang nampak tubuh tu segera mengejarnya namun Hamsyar melangkah pergi meninggalkan Sya.
"Syar! Dengar lah dulu!" Sya tersadung kakinya sendiri dan jatuh atas tar itu. Wajahnya berkerut menahan sakit. Dilihat lututnya berdarah.
Hamysar menoleh ke belakang melihat Sya yang terduduk di atas tar.
"Ira." Dia berlari menuju ke arah gadis nya. Lutut Sya dipegang dan ditiup perlahan.
"Sakit." Hamsyar menoleh ke arah nya. Tangan kiri Sya diambil diletak dibelakang tengkuk nya.
"Pegang." Didukung tubuh kecil Sya untuk dibawa ke bilik R&R. Mata nya hanya pandang wajah kacak milik Hamsyar. Halkum jejaka tu turun naik menahan marah dalam dirinya.
"Hamsyar. Tadi tu-"
"Aku taknak dengar."pintas nya laju dan diletakkan Sya di katil. First aid kit diambil dan diserahkan kepada Sya.
"Rawat lah sendiri." Setelah tu dia melangkah keluar. Sya hanya pandang pemergian jejaka tu.
Sya menunduk merawat lututnya sendiri. Hamsyar yang diluar melihat gadis tu melalui kaca pintu.
Diatur langkah masuk semula. Dia melutut depan Sya. Kapas ditangan kecil tu diambil dan dipedap pedap perlahan.
"Aaryan yang datang buat macam tu tadi. Sya tak tahu apa apa. Sya tak kenal dia. Sumpah." Hamsyar pandang wajah tu. Wajah Sya jelas menunjukkan seperti dia bersungguh-sungguh.
"Hm." Itu saja balasan Hamsyar dan Sya mengeluh perlahan. Sisi kepala Sya dipegang dan dikucup pipi kanan gadis tu lama.
"Only me can kiss you." Dikucup kucup seluruh pipi kanan Sya untuk menghilangkan bekas jantan tadi.
"You are mine sweetheart only mine." Ditekankan setiap apa yang dia sebut.
"Obses?" Soal Sya perlahan dengan kening dinaikkan. Bibir jejaka tu mengherot senyuman sinisnya.
"Exactly sweetheart. If i want you, i get it. Aku bolah kahwin dengan kau malam ni jugak kalau kau nak." Sya mengeleng kepalanya agar jangan. Ini pasti cara kotor.
"But i love you and I have to take you in a good way." Lega Sya yang mendengar itu.
"Kalau ada yang berani rampas kau dari aku. Aku boleh buat apa saja untuk ambil kau dan jadikan kau hak mutlak Raja Hazim Hamsyar."
Mata sejuk tu dalam memandang mata cantik Sya. Gadis tu hanya mampu diam tidak bersuara.
YOU ARE READING
THE PERFECT HUSBAND [C]
RomanceSuka dalam diam? Memang itulah yang terjadi. Terjatuh hati pula dengan jejaka yang nakal dan selalu buat onar di dalam sekolah. Tapi disebabkan ego, dia menjual mahal. Siapa sangka yang menjadi mangsa jejaka tu adalah tidak lain tidak bukan ialah ga...