"buka mulut cepat." Hamsyar sudah bersedia untuk menyuap bubur. Gadis tu membuka mulutnya dan menerima suapan tersebut. Yang lain hanya memilih untuk diam saja.
"Hati hati sayang."
"Uhuk uhuk" Mereka menoleh ke arah Aizat yang tersedak bila mendengar Hasmyar memanggil Sya sayang.
"Kau dengar tak apa aku dengar tadi?" Soal Lysa ke arah Zehra yang turut tersenyum.
"Dia panggil sayangggg" Mereka berempat memgerling ke arah Hamsyar dan Sya. Gadis tu hanya mengukir senyuman nipis nya. Mahu cair tapi tak larat.
"Tolong turunkan." Hamsyar segera menurunkan kepala katil dan Sya menyelesakan dirinya.
"Cepat sembuh." Kening cantik Sya diusap lembut sehingga gadis tu memejamkan mata nya.
"Mana mak ayah Sya? Diorang tak tahu ke anak diorang masuk hospital?" Soal Hamsyar.
"Tahu tapi diorang tak dapat balik sini sebab urusan kerja. Tambahan lagi kerja diluar negara."Tutur Lysa.
SETELAH Sya dibenarkan pulang, dia hanya diam di biliknya saja. Telefon dicapai dan dilihat nombor tu.
"Kalau call pun mesti diorang sibuk." Dihela nafas perlahan. Keluarga mereka bertiga hanya sibuk dengan kerja saja sehingga anak anak diabai.
Diambil keputusan untuk keluar dari bilik. Diatur langkah ke ruang tamu.
"Sya nak susu tak?" Soal Lysa di dapur.
"Nak. Jangan panas sangat." Balasnya dan disandarkan badan di sofa.
"Ni susu."diserahkan ke arah Sya dan gadis tu menyambut. Ditiup perlahan dan dihirup.
"Kau macam mana demam dah okeyh sikit? Tekak?" Tanya Zehra yang melabuhkan punggung nya di sebelah Lysa.
"Tekak dah tak sakit cuma letih sikit ja." Diletakkan gelas susu tu di meja.
"Aku hairan lah dengan korang dua. Masing masing taknak confess tapi tengok dah macam orang couple."Lysa mengaru kepalanya.
"Aku tunggu dia confess dulu dekat aku ja. Risau pula aku confess then kena reject. Malu pun dapat." Kaki naik bersila di atas sofa.
"Ikut suka korang berdua lah. Penat aku pun. Yang sorang macam ni yang sorang macam tu." Tergeleng kepala Lysa. Zehra hanya tergelak kecil.
YOU ARE READING
THE PERFECT HUSBAND [C]
RomanceSuka dalam diam? Memang itulah yang terjadi. Terjatuh hati pula dengan jejaka yang nakal dan selalu buat onar di dalam sekolah. Tapi disebabkan ego, dia menjual mahal. Siapa sangka yang menjadi mangsa jejaka tu adalah tidak lain tidak bukan ialah ga...