Hamsyar menarik getah ikat rambut Sya tapi gadis tu langsung tidak marah seperti kebiasaan nya. Dia hanya memandang Hamsyar sebelum melangkah pergi.
"ira!" Gadis tu langsung tidak menoleh dan hanya melangkah pergi. Sudah tiba masanya dia perlu move on dari Hamsyar.
"Sakit Ra, Lys bila dia hanya buat aku tempat hilang kan bosan ja. Dia tak cintakan aku pun." Air mata Sya mengalir ke pipi nya. Lysa dan Zehra segera memeluk tubuh sepupu mereka.
"Sabar ya Sya." Diusap belakang Sya perlahan. Tersedu sedan gadis itu menangis. Sayu hati mereka berdua melihat Sya rapuh seperti ni.
"Aku nak pergi tandas sekejap. Kau jaga Sya kejap ya Lys." Zehra berlari keluar dari kelas tu.
"Kau buat apa dengan Sya?" Soal Zehra ke arah Hamsyar yang duduk di pondok belakang blok lama.
"Aku buat apa?" Soalnya tidak faham.
"Kau dah buat dia menangis tahu tak. Kau tak sedar ke selama ni dia suka kan kau? 3 tahun dia suka kau tapi kau jadikan dia tempat bosan kau ja?. Sepupu aku bukan boneka untuk kau permainkan. Takkan tak ada sedikit pun rasa suka dekat Sya?." Hamsyar terdiam mendengar tu.
"Dia nangis? Sebab aku?" Soalnya dan dibalas anggukan oleh Zehra. Dihela nafas perlahan.
"Kau tak payah lah jumpa Sya dah lepas ni. Penantian dia 3 tahun sia sia." Zehra melangkah pergi dari situ.
"Aku dah cakap bro kalau suka bagitahu ja. Jangan sebab ego kau hilang dia. See kau dah buat dia menangis. Jangan sampai dia dah tawar hati muka kau pun dia tak pandang."Tutur Calvin.
SYA hanya termenung di bangku taman. Matanya kosong ke arah pokok besar tu dan menunduk memandang jari.
"Matanya sembab. Nangis?" Dia melutut depan Sya. Gadis tu terkejut dengan kehadiran Hamsyar.
"Nangis hm?" Gadis tu diam tidak menjawab. Dia mahu bangun pergi dari situ tapi tangannya dipegang.
"Duduk." Arah nya namun Sya tidak bergerak.
"Duduk sayang." Gadis tu akur dan Hamsyar memegang kedua tangan Sya.
"Aku minta maaf sebab dah buat kau nangis. Kenapa tak cakap yang kau suka aku dah lama? 3 tahun bukan masa yang sekejap." Wajah Sya berkerut hairan. Macam mana Hamsyar tahu.
"Aku dah tahu semuanya. Kalau dari awal kau bagitahu kau suka aku, aku takkan buat kau tempat bosan. Aku jujur dengan kau yang hati aku tertarik dekat kau jugak." Sya pandang Hamsyar tidak percaya.
"Yes sayang, I'm in love with you too. Kau seorang ja yang aku selalu ganggu."
"Tapi Hamsyar cakap Hamsyar tak suka Sya."Dia geleng.
"Aku tipu kau. Aku ego."Diusap lembut jari jemari Sya.
"Aku minta maaf ya?" Diukir senyuman buat gadis dihadapannya ni dan Sya menganguk.
YOU ARE READING
THE PERFECT HUSBAND [C]
RomansaSuka dalam diam? Memang itulah yang terjadi. Terjatuh hati pula dengan jejaka yang nakal dan selalu buat onar di dalam sekolah. Tapi disebabkan ego, dia menjual mahal. Siapa sangka yang menjadi mangsa jejaka tu adalah tidak lain tidak bukan ialah ga...