BAB 22

5.1K 287 1
                                    

"Jom pergi kelas suami aku." Ajak Sya.

"Amboi tahulah tak boleh berjauhan. Masa belajar pun termenung teringat encik suami ye kan?" Zehra menyiku perlahan lengan Lysa dan gadis tu menganguk.

"Nak menyakat aku lah tu. Dah jom la." Kedua gadis tu hanya tergelak saja bila sepupu mereka seperti mahu merajuk.

"OH MAK KAU MELETUP!"Terkejut Calvin yang melangkah keluar dari kelas dan ternampak ketiga gadis tu sedang bersandar di tepi pintu kelas.

"Nasib tak terkeluar jantung aku." Mereka bertiga hanya tersengih dan mencantumkan tapak tangan memohon maaf.

"Hamsyar mana?" Calvin dan Aizat menunjuk jejaka tu yang berada di dalam kelas. Sya mengintai dan terdiam apabila Nureen ada disebelahnya.

Membulat mata Sya bila Nureen menyentuh dada tegap suaminya. Tangan dikepal erat.

"Abang." Hamsyar menoleh dan dia menepis kasar tangan Nureen. Dia bangun dari duduknya.

"Sweetheart." Hamsyar mengeleng kepalanya agar Sya tidak salah faham.

"Asal kau panggil Hamsyar abang? And why you panggil dia Sweetheart?" Nureen bangun dari duduknya.

"Kau memang gatal kan!" Tengking Sya sehingga Hamsyar terhinjut bahu akibat terkejut walaupun bukan Sya dia yang ditengking.

"Kau yang gatal panggil dia abang. Dia bukan suami kau pun." Sya mengukir senyuman sinisnya dan ditarik Hamsyar dekatnya.

"Kalau Hamsyar memang suami aku kau nak buat apa?" Nureen tergelak sinis.

"Mana mungkin Hamsyar nak dekat perempuan gatal macam kau kan sayang?" Nureen tersenyum manis ke arah Hamsyar.

"Aesira Ukasya isteri aku yang sah." Dicium pipi gebu Sya dihadapan Nureen. Membulat mata gadis tu dan dikepal erat penumbuk nya.

"Jadi pemenang nya orang baru bukan orang lama." Nureen mengetap bibir geram mendengar kata kata Sya.

"Macam aku cakap haritu kau perempuan tak sedar diri. Sekarang kan dah menyesal. Jom abang." Digenggam erat tangan si suami dan melangkah keluar dari kelas tu. Ke empat manusia tadi sudah ke cafe.

"ARGHHH!"jerit Nureen dengan nafas turun naik.

"Yang abang tadi dah kenapa nak berbual dengan dia juga?" Hamsyar mencuit dagu Sya. Tahu sangat isterinya sedang cemburu.

"Aizat bagitahu abang dia nak cakap sesuatu jadi abang nak tahu lah dia nak cakap apa tapi tak sangka dia nak bertindak macam tadi." Jelas Hamsyar agar isterinya tidak marah.

"Jangan marah abang ya sayang. Abang kan dah jadi suami sayang mana mungkin abang berpatah balik ke masa lalu. Nureen masa lalu abang dan sayang masa depan abang." Sya tersenyum mendengar.

"Jadi sekarang abang perlu fokus pada isteri abang yang cantik ni ja. Bukan orang lain. Faham kan?" Sya menganguk.

"Janji jangan curang tau! Abang curang siap lah. Sya suruh abang Alex belasah abang cukup cukup." Jejaka tu tergelak bebas.

"Sampai hati sayang. Abang janji abang tak curang." Digosok kepala Sya perlahan.

"Pengantin baru kepak kepak kebom kebom." Kata Calvin apabila pasangan tu melangkah masuk ke cafe.

"Heboh sekolah nanti lahanat." Aizat menepuk belakang kepala Calvin. Jejaka tu pandang dia tajam.

"Kalau kau taknak kepala kau masuk dalam mangkuk bihun sup kau tu ha tepuk lah lagi." Aizat tersengih dan mengeleng kepalanya tanda tidak mahu.

Walaupun Calvin terlihat seperti seorang yang suka membuat lawak tapi dia boleh menjadi sosok tubuh yang sangat orang takuti. Emosi seorang Calvin berubah tidak menentu, sekejap boleh bergurau sekejap boleh baran.

"Sya ni nasi goreng. Aku dah tolong oder." Lysa menolak pinggan yang mengandungi nasi goreng tu kepada Sya.

"Abang nak? Makan sekali." Hamsyar yang mendengar tu menganguk.

"Kita suap gilir gilir okeyh?" Yang lain sudah memandang menyampah. Dekat cafe pun nak romantik.

"Sini abang suap sayang dulu."

"Abang sayang pula. Abe Aizat cayang tak mo cuap tite ke?" Dah mula dah mood gedik seorang Calvin.

"Meh sini meh tite cuapkan cili ni nak?" Dicapai cili padi yang ada di pinggan kecil tu. Tertutup rapat mulut Calvin dibuatnya.

THE PERFECT HUSBAND [C]Where stories live. Discover now