"Kasihan bidadari syurga abang ni penat." Diusap sayang rambut Sya. Mulut gadis tu terbuka sedikit kerana penat bersukan disekolah tadi.
Hamsyar turun dari katil untuk keluar ke ruang tamu.
"Hamsyar sini kejap ayahda nak cakap sikit." Hamsyar duduk di sofa berhadapan dengan ayahda mertuanya.
"Ada apa ayahda?" Dilihat Ayahda Aeyden mengeluarkan dua kunci. Disambut huluran Ayahda.
"Ni kunci rumah untuk kamu dan Sya tinggal berdua. Ni ayahda dengan ayahda kamu uruskan."
"Terima kasih Ayahda." Ucapnya dan ayahda Aeyden tersenyum saja.
"Oh ya lagi satu petang besok grandpa dan grandma dah nak bertolak ke Itali. Kami pun akan bertolak sekali sebab urusan kerja."tutur Ayahda Aeyden.
"Baiklah. Nanti Hamsyar bagitahu iraa."
SYA mengeliat kecil dan menoleh sana sini mencari seseorang. Dia bangun dari baringannya untuk mandi.
"Nyenyak tidur Sya." Gadis tu tersenyum saja ke arah mereka semua.
"Letih sikit harini. Hamsyar mana bonda?" Soal nya bila tidak nampak bayangan jejaka tu.
"Ada keluar pergi kedai. Sekejap lagi balik lah tu." Kata Ayahda Hafiz dan Sya menganguk faham.
"Sya jom duduk dekat taman." Ajak Lysa dan mereka bertiga melangkah ke arah taman.
"Besok kau acara lompat jauh dengan lari button kan?" Soal Zehra dan Sya menganguk.
"Aku tengok kau letih ja. Sure esok nak masuk acara? Kau boleh ja suruh orang lain ganti." Tutur Lysa.
"Aku okeyh lah jangan risau. Macam lah kau tak pernah tengok aku masuk banyak acara." Balasnya tenang.
"Assalamualaikum. Sweetheart!" Panggil Hamsyar dan Sya segera bangun berlari masuk ke dalam rumah.
"Abang ada beli aiskrim dekat sayang. Nak?"
"Nak nak!" Disambut huluran suaminya dan dilihat banyak aiskrim di dalam plastik tu.
"Terima kasih abang." Hamsyar menunduk badannya dan ditunjuk pipinya.
"Cium dulu." Sya mengucup pipi si suami. Jejaka tu menegakkan semula badannya dan kepala si isteri digosok.
"Pergilah makan dengan sepupu sayang.". Sya menganguk dan berlari ke arah taman semula.
"Wah aiskrim!" Teruja Zehra dan mengambil satu ais magnum.
"Kau macam mana dengan adik aku? Okeyh?" Soal Alex ke arah Hamsyar. Jejaka tu tersenyum dan mengangguk.
"Alhamdulillah okeyh ja. Syar sayang dia." Alex menepuk bahu adik iparnya.
"Aku titipkan adik aku dekat kau. Jaga dia elok elok. Jangan berkasar dengan dia sikit pun." Pesan Alex dan dibalas anggukan oleh Hamsyar.
"In shaa Allah Syar jaga dia dengan baik ."jawabnya.
"SEJUK SETAN!" Mereka menoleh ke arah taman dimana Zehra sedang mengejar Sya kerana menempel plastik ais yang masih sejuk tu di pipi Zehra.
"ABANG TOLONGGG!" Tergeleng mereka semua yang melihat tu
"Jangan lari nanti jatuh." Tegur Alex. Risau pula dua gadis tu jatuh bila berlari lari bergitu.
"Huh penat." Mereka berdua terbongkok-bongkok.
"Sudah sudahlah tu." Kata Lysa dan kedua gadis tu melangkah mendekati Lysa yang duduk di pondok.
"Kau tu jangan aktif sangat esok ada sukan lagi. Rehat rehat lah." Sya menganguk malas bila Lysa mula membebel.
YOU ARE READING
THE PERFECT HUSBAND [C]
RomansaSuka dalam diam? Memang itulah yang terjadi. Terjatuh hati pula dengan jejaka yang nakal dan selalu buat onar di dalam sekolah. Tapi disebabkan ego, dia menjual mahal. Siapa sangka yang menjadi mangsa jejaka tu adalah tidak lain tidak bukan ialah ga...