"Adik" Pantas kepala menoleh ke arah si abang. Alex mendekati adiknya.
"Petang ni kita bertolak pergi jumpa grandpa. Yang lain pun ada dekat sana. Ada benda yang nak dibincangkan." Tutur Alex dan Sya menganguk.
"Pukul berapa?"
"Pukul 3 jumpa airport." Sya menganguk faham dan abangnya melangkah pergi.
"Petang ni kita bertolak pergi jumpa grandpa." Dua sepupunya mengangguk saja.
TEPAT pukul 2:45 mereka bertiga keluar dari rumah dan memasuki ke dalam kereta masing masing.
Sya hanya memandu santai sehingga lah mereka tiba di airport. Ketiga gadis tu melangkah masuk dengan membawa bagasi.
"Jom." Mereka hanya mengikuti langkah Alex ke dalam private jet. Sya menyandarkan badannya di seat sambil mata memandang ke arah luar.
Itali.
Mereka berempat keluar dari private jet dan mendekati ke arah anak buah grandpa mereka yang telah diarahkan untuk mengambil cucu cucunya apabila tiba di pelepasan.
"Assalamualaikum." Dayang istana menunduk hormat kepada mereka berempat setelah sampai ke istana..
"Silakan Tunku dan Tengku. Mereka semua ada di ruang tamu." Mereka berempat melangkah ke ruang tamu dimana yang lain sudah berkumpul.
"Bonda ayahda." Disalam tangan orang tua mereka dan dipeluk erat bertapa rindunya.
"Grandpa yow." Tergelak Anderson melihat cucu cucunya. Diberikan tangan untuk mereka menyalam.
"Macam mana sekolah okeyh?" Tanya Bonda Aiyana. Bonda kepada Sya.
"Alhamdulillah okeyh ja bonda." Jawab Sya dan mengukir senyuman nipis. Keluarga mereka bukanlah datang dari golongan biasa tapi berkerabat diraja. Dan mereka cucu dari Raja dan Permaisuri Itali.
"Bonda dengan ayahda datang sini bila?" Tanya Lysa.
"Kelmarin baru sampai sini itu pun ada hal yang perlu dibincangkan." Ketiga gadis tu berpandangan mendengar kata kata ayahda Lucca. Ayahda Lysa.
"Macam penting ja. Apa yang nak dibincangkan?" Soal Alex sekadar ingin tahu.
"Macam ni. Grandpa dengan grandma nak jodohkan Sya dengan seseorang." Terkejut gadis tu. Dipandang wajah bonda dan ayahda nya. Dipandang abang Alex pula.
"Apa ni? Kenapa Sya pula?" Hairan dia bila nama dia dipetik.
"Grandpa dan grandma dah buat perjanjian dengan keluarga Raja Hafiz untuk satukan Sya dengan anak diorang." Nafas Sya bagaikan tersekat di kerongkong setelah mendengar kata kata grandma.
"Terima ya Sya? Perjanjian ni dah buat selama 4 tahun disebabkan keluarga kita dan keluarga diorang rapat." Tutur Grandpa pula.
Alex mengusap belakang adiknya perlahan. Gadis tu pandang abangnya.
"Terima ya? Janji kena tepati." Tutur Alex dan diusap sayang pipi adiknya.
"Tapi kenapa Sya? Tak ada orang lain ke hah?!"
"Aesira Ukasya! Watch your mouth. Jangan tinggikan suara dengan grandma dan grandpa." Tegas suara Ayahda Aeyden.
"Menyesal Sya balik sini." Dikepal erat penumbuk nya.
"Adik sabar. Sini dekat abang." Diselitkan tangannya di celah ketiak si adik dan diangkat diletak di pehanya.
"Jangan emosi macam ni sayang. Cuba fikir balik. Diorang dah berjanji lama kalau janji tak tepati tu berdosa sayang. Abang yakin orang yang nak bersama dengan sayang seseorang yang boleh jaga sayang. Terima ya?. Tak kasihan ke dekat grandma dan grandpa dekat akhirat nanti tak boleh masuk syurga sebab mungkir janji." Perlahan serta lembut Alex memujuk.
"Okeyh adik terima." Mereka mengukir senyuman kerana mereka yakin bila Alex yang memujuk, Sya bakal ikut apa yang jejaka tu cakap.
Dilentokkan kepalanya di dada tegap Alex dan disorokkan wajahnya di dada tu. Alex hanya mengusap rambut panjang adiknya.
"Ra jom masuk dapur." Ajak Lysa dan kedua gadis tu bangun melangkah ke arah dapur.
YOU ARE READING
THE PERFECT HUSBAND [C]
RomansaSuka dalam diam? Memang itulah yang terjadi. Terjatuh hati pula dengan jejaka yang nakal dan selalu buat onar di dalam sekolah. Tapi disebabkan ego, dia menjual mahal. Siapa sangka yang menjadi mangsa jejaka tu adalah tidak lain tidak bukan ialah ga...