"Aku dengki? Rasa nya tak kot." Diseluk kedua tangannya dikocek seluar.
"Kau punca gadis aku tersedak!" Jerkah Hamsyar dan bangun melompat melepasi meja. Dia berlari ke arah Aaryan. Penumbuk dianggkat dan ditumbuk wajah tu.
Terteleng wajah Aaryan dan dikesat bibirnya yang berdarah. Dia membalas serangan Hamsyar.
Calvin dan Aizat berlawan dengan dua sahabat Aaryan.
"Apa kita nak buat ni?" Soal Zehra. Pergaduhan mereka berenam sangat sengit.
Sya hanya pandang ke arah Hamsyar. Jejaka tu tampak sangat marah dan kedua tangannya terkepal erat sehingga menimbulkan urat uratnya.
Diselit kaki Aaryan dan naik menindih tubuh tu. Ditumbuk berkali kali wajah Aaryan.
"Syar berhenti." Tangan Hamsyar yang mengepal penumbuk tu dipegang oleh Sya. Pantas kepala Hamsyar menoleh ke arah gadis nya.
"Stop Hamsyar."
"Calvin sudah." Zehra menarik jejaka tu menjauhi Arif yang sudah terbaring lemah di lantai.
"Aizat sabarr. Cukup Zat." Lysa menahan Aizat dari terus membelasah Heykal.
Hamsyar melepaskan koler baju Aaryan dengan kasar. Hujung bibir yang berdarah dikesat kasar.
"Jom kami tolong rawatkan." Mereka membawa ketiga jejaka tu ke bilik R&R.
Mata hazel itu hanya pandang wajah cantik Sya yang dekat dengannya. Tangan Sya yang sedang merawat hujung bibirnya dipegang lembut. Terhenti tindakan Sya.
"i love you cantik."
Buk.
Mereka berdua menoleh ke arah ke empat manusia tu. Masing masing ternganga tidak percaya.
Calvin pandang ke bawah dan diambil first aid kit yang terjatuh tadi dan kembali ternganga semula.
"What?" Soal Hamsyar dan mereka berempat berdehem. Disambung kerja mereka seperti tiada apa apa terjadi.
"Taknak balas?" Soal nya ke arah Sya. Wajah terkejut tu buatkan dia geli hati.
"Sweetheart." Dipetik dari nya di depan wajah tu. Sya tersentak dan berdehem perlahan.
"Taknak balas hm?"
"Balas apa?"Tanya Sya tidak faham.
"i love you?." Dinaikkan keningnya. Sya menunduk menahan bibir dari tersenyum.
"Da..dah balas dalam hati." Hamsyar tergelak macho. Diusap lembut pipi gebu tu dan sesekali dicubit.
"Cuba balas guna mulut." Bibir jejaka tu mengoyak senyuman nakal. Sengaja mahu mengusik gadis ni.
"Tiba tiba lupa cara nak balas." Hamsyar melepaskan ketawanya. Sya tersengih sambil mengusap belakang tengkuknya.
"Comelnya rasa nak nikahkan ja." Ditundukkan badannya dan digesel hidungnya dengan hidung mancung Sya.
"Semut berkawad satu satu hora horey." Calvin mula memotong mood. Sekaligus jejaka tu mendapat renungan tajam oleh Hamsyar.
"Aku sambung. Semut berkawad dua dua hora horey." Kalini Aizat turut serta.
"ARGH!"Calvin menekup mulutnya dengan cepat dan dipandang Zehra tajam. Gadis tu tersengih.
"Sorry tertekan." Ditiup lembut kura kura tangan Calvin yang berdarah tu.
Setelah siap merawat, mereka berenam segera bangun. Lysa,Aizat, Zehra dan Calvin keluar terlebih dahulu.
"Jom keluar." Ajak Sya namun Hamsyar hanya berdiri tegak. Gadis tu menghela nafas perlahan.
"Jom keluar abang sayang." Tersenyum terus jejaka tu dan melangkah keluar diikuti Sya. Dia yang berada dibelakang Hamsyar menjulingkan matanya menyampah.
"Abang sayang? shit. ." Kata Hamsyar perlahan. Dia menahan dirinya dari tidak melompat. Mana tak cair dipanggil bergitu.

ANDA SEDANG MEMBACA
THE PERFECT HUSBAND [C]
RomanceSuka dalam diam? Memang itulah yang terjadi. Terjatuh hati pula dengan jejaka yang nakal dan selalu buat onar di dalam sekolah. Tapi disebabkan ego, dia menjual mahal. Siapa sangka yang menjadi mangsa jejaka tu adalah tidak lain tidak bukan ialah ga...