BAB 31

9.8K 411 46
                                    

"Abang bangun solat subuh jom." Kejut Sya dan Hamsyar menggeliat kecil dan bangun dari baringannya.

"Lepas solat sayang kena cium abang macam ritu. Kiss banyak banyak boleh?" Sya tergelak kecil dan mengangguk. Hamsyar menoleh ke hadapan semula.

"Allahuakbar."

Semasa sujud yang terakhir, air mata Sya mengalir.

"Ya Allah ya Tuhanku jika harini adalah hari dimana aku pulang kepada mu maka permudahkanlah urusan ku ya Allah. Permudahkanlah sewaktu nyawa ku sedang di ambil. Ampunkan dosa ku dan dosa orang orang yang aku sayang sesungguhnya hanya kamu aku memohon. ASH-HADU AL LA ILAHA ILLA LLAH  WA ASH-HADU ANNA MUHAMMADA RRO SULU LLAH. Aku bersaksi dan berikrar bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi dan berikrar bahawa nabi muhammad adalah pesuruh Allah yang terakhir."

"Assalamualaikum warahmatullah." Hamsyar mengusap wajahnya dan menoleh ke belakang.

"Eh sayang?" Didekati isterinya dan ditepuk bahu tu.

"Sayang tidur ke? Apa sayang ni lepas solat tidur pula tadi dah janji nak cium abang." Namun tiada pengerakan isterinya. Jari diletakkan di hidung Sya dan Hamsyar terduduk lemah.

"TAK MUNGKIN!"raung Hamsyar kuat. Digoncang tubuh isterinya.

"Sayang bangun! Kenapa ni sayang? Jangan tinggalkan abang! Please abang merayu." Air mata jantan nya mengalir deras. Isterinya sudah tidak ada.

"Sayangg." Dipeluk erat jasad tu. Dicium ubun ubun tu lama.

"Pergilah sayang abang ikhlaskan sayang walaupun sakit. Terima kasih sayang sudi jadi isteri abang. Abang sayangkan sayang." Wajah pucat tu diusap sayang.

KERANDA itu diusung untuk ke tanah perkuburan. Alex mengesat hidung nya dengan tisu. Adik perempuan nya sudah pergi meninggalkan nya.

Hamsyar menyambut tubuh tu dan diletakkan dengan berhati hati.

"Tenang disana ya sayang." Diambil kayu dan menutup mayat isterinya. Dia naik ke atas. Tanah tanah tu ditolak ke dalam.

LYSA mendekati Hamsyar dan diserahkan satu surat kepada jejaka tu dimana surat tu diberi oleh Sya kepada mereka untuk berikan pada Hamsyar apabila dia sudah tiada.

Hamsyar membuka surat tu dan dibaca.

Assalamualaikum syurga Sya. Mesti masa abang baca ni Sya dah tiada disisi abang tapi abang jangan risau, Sya akan selalu ada dalam hati abang. Sebenarnya Sya ada penyakit kanser paru paru tahap 3. Sya tak tahu Sya dah lama hidap penyakit ni. Sya minta maaf sebab dah mungkir janji untuk tak tinggalkan abang tapi Allah berkehendak lain. Abang jangan terlalu sedih nanti Saya akan sedih juga. Semoga bahagia selalu ya abang. Walaupun Sya dah tiada tapi Sya izinkan abang untuk cari seseorang untuk jadi peneman hidup abang. Akhir kata, terima kasih jadi suami Sya dan terima kasih sebab sudi menyalurkan kasih sayang. I love you perfect husband.

Tunku Raja Aesira Ukasya.

Tangisan Hamsyar pecah membaca surat tersebut. Calvin dan Aizat memeluk tubuh sahabat mereka dengan erat.

"Sayang.." sayu hati Hamsyar. Dipejam rapat matanya.

"Maafkan abang sayang.." Digengam erat kertas tersebut. Dihela nafas perlahan.

"Sabar ya Syar. Kitorang ada dengan kau." Calvin mengusap belakang Hamsyar.. Mereka juga sedih apabila mendapat berita tentang ini.

"Abang Alex." Jejaka tu menoleh. Mata jejaka tu juga sembab. Mana kan tidak seorang adik perempuan yang selama ni dijaga penuh kasih sayang pergi tinggalkan nya.

"Sabar ya." Alex mengukir senyuman nipis dan menganguk sebelum bangun melangkah masuk ke dalam.. tubuh si ayah dipeluk erat.

"Adik dah pergi." Ayahda Aeyden mengusap belakang anak sulungnya. Mereka sebagai orang tua juga turut sedih.

Kini tiada lagi seorang insan yang bernama Tunku Raja Aesira Ukasya.

Tugasnya sudah selesai dan kini dia sudah berpulang ke maha pencipta.

Senyuman, ketawa, sedih gadis tu sudah tidak akan terlihat lagi.

Perginya dia sangatlah dicemburui. Meninggal pada sujud subuh terakhir hanya lah untuk insan insan terpilih dan dia adalah salah satunya.

Kesakitan, kesedihan takkan dirasai lagi.

"Aesira Ukasya. Walaupun sayang dah tak ada disisi abang tapi percayalah hati ni terlalu dalam mencintai kamu." ~Raja Hazim Hamsyar.

Tamat.

THE PERFECT HUSBAND [C]Where stories live. Discover now