BAB 15

5.3K 310 6
                                    

"Sya tak bangun lagi ke Lys?" Soal Zehra sambil melangkah turun dari tangga

"Tak tahu lah rasanya tak bangun lagi tu. Sekejap aku pergi tengok." Zehra mengangguk saja dan memandang sepupunya naik ke tingkat dua.

"Ukasya bangun!" Kejut Lysa dan gadis tu mencelikkan matanya dan digosok.

"Kau tidur pukul berapa semalam?"Lysa bercekak pinggang.

"3 pagi." Jawab Sya setengah mamai.

"Kau mimpi buruk lagi ke Sya?" Dilihat gadis tu menganguk saja dan bangun untuk mandi.

"Sekejap lagi solat lepastu turun makan. Jangan lambat." Pesan Lysa sebelum melangkah keluar dari bilik Sya.

Semasa di dalam kelas, Sya menutup mulutnya kerana menguap. Sungguh dia mengantuk. Setelah loceng rehat berbunyi, kepala dijatuhkan di meja.

"Aku nak tidur." Dua sepupunya hanya mengangguk faham dan melangkah keluar untuk ke cafe.

"Sya mana?" Tanya Hamsyar bila gadisnya tidak ada.

"Dalam kelas. Tidur." Jejaka tu terus bangun berlari keluar dari cafe untuk ke kelas Sya. Benar apa yang dikatakan oleh Lysa, gadis tu tidur.

"Semalam tidur pukul berapa hm?" Tanya Hamsyar.

"3 pagi." Jawab Sya tanpa mengetahui siapa yang dia bercakap kerana mata terpejam rapat.

"Buat apa tiga pagi sayang? Main game? Call skandal?"

"Mimpi buruk hmm"  ternaik kening Hamsyar. Nampaknya gadis ni mamai. Kepala dilapikkan di tangan dan wajah cantik tu diusap lembut.

Hamsyar mendekatkan wajahnya ke telinga gadis tu. Bibirnya mengherot senyuman nakal.

Fuh.

"ARGHH!"Terkejut Sya yang sedang tidur tu. Digosok telinga nya dan dipandang Hamsyar dengan wajah geram.

"Kau memang kan!" Di cubit pinggang jejaka tu sehingga Hamsyar mengaduh sakit.

"Sakit sayang." Digengam tangan kecil tu dan digosok pinggang yang terasa pedih.

"Tidur sampai tak sedar aku datang." Ditarik hidung mancung milik gadis tu sehingga memerah.

"sakitlah Hamsyar!" Namun jejaka tu tidak kesah.

"Pergi makan jom. Aku tak terima bantahan." Ditarik paksa agar Sya mengikutinya.

HAMSYAR mencucuk cucuk pipi Sya yang tengah makan tu.

"Aipp jangan gigit." Hampir sikit saja lagi jarinya digigit oleh Sya.

"Boleh tak jangan ganggu aku makan." Pantang nenek moyang dia kalau ada orang ganggu dirinya tengah makan.

"Marah marah sayang kan?." Sampuk Calvin yang berada disebelah Hamsyar. Dan seketika jejaka tu menjerit sakit kerana Sya mencubit pinggang nya.

"Baik kau jaga ketam kesayangan kau tu Hamsyar. Sebelum aku patahkan." Menajam mata jejaka tu ke arah Calvin.

"Nak mampos?" Datar suara Hamsyar dan menoleh ke arah Sya semula. Mulut tu dilap olehnya.

"Makan pun comot sayang ni."

Calvin yang melihat tu segera mencomotkan mulutnya dengan coklat.

"Abe mulut tite comot." Calvin merengek manja ke arah Aizat.

"Alolo mulut babi tite ni omot yer." Aizat menonyoh nonyoh geram mulut Calvin.

Lysa dan Zehra sudah bantai gelak apabila wajah Calvin berkerut menahan sakit kerana ditonyoh oleh Aizat.

Sya mahu mengambil airnya namun Hamsyar melarikan gelas itu. Sya berdecit geram.

"Hamsyar bagilah."Jejaka tu mengeleng kepalanya.

"Taknak. Kau nak? Ambil lah." Sya menahan sabar. Sungguh sakit hati nya begini.

"Raja Hazim Hamsyar bagi cepat!" Tersenyum jejaka tu bila namanya disebut penuh.

"Sini aku tolong kau minum. Tak jahil." Katanya apabila Sya pandang curiga. Dibantu Sya untuk minum dengan berhati hati.

"WOI!"

"Uhuk uhuk." Tersedak Sya mendengar jeritan seseorang. Mereka menoleh ke arah Aaryan dan kawan kawannya.

"Sian nye tersedak. Maaflah tersengaja." Selamba Aaryan berkata dan dua sahabatnya tergelak.

Hamsyar mengusap belakang Sya perlahan dan memandang Aaryan dan geng nya tajam. Mereka berdua memang dari dulu lagi bermusuh.

"Are you okeyh sweetheart?" Jelas diwajah Hamsyar sangat risau. Sya menganguk kepalanya walhal sakit dikerongkong nya.

"Apa masalah kau bro?" Soal Calvin dingin. Aaryan mengangkat bahunya acuh tak acuh.

"Masalah? Tak ada masalah." Dia tersenyum tapi itu bukan senyuman manis tapi senyuman yang mempunyai maksud tersirat.

"Kau memang dengki kan? Tak boleh tengok orang senang sikit." Aizat bangun dari duduknya dan memandang ketiga jejaka tu tajam.

THE PERFECT HUSBAND [C]Where stories live. Discover now