"Sayang acara apa sekejap lagi?" Tanya Hamsyar.
"Lumba lari 100 meter lepastu lompat tinggi dan lontar lembing." Tutur Sya.
"Sayang okeyh ke tiga sekali gus? Tak penat?" Sya tersengih dan mengeleng kepalanya tanda tidak.
"Dont forget something abang." Setelah berkata bergitu dia berlalu pergi untuk acara lumba lari. Hamsyar masih tidak faham. Lupa apa?.
"Sekarang tibalah acara lumba lari seratus meter bagi ketagori P1 untuk tingkatan 4 dan 5."
"Peserta pertama dari rumah biru, Aesira Ukasya atlet sekolah lumba lari pingat emas berturut turut." Sya mengangkat tangannya. Hamsyar ternganga. Ini ka maksud isterinya tadi?.
"Peserta kedua Lysandra Azura dari rumah Kuning. Peserta ketiga Nur hidayah dari rumah hijau dan peserta terakhir Siti Balqis dari rumah merah. Para peserta diminta untuk bersedia."
"Jangan tinggal aku jauh sangat Sya." Gadis tu tergelak dan menoleh ke arah Lysa sebelum menganguk.
Bunyi saja siren, Ke empat gadis tu berlari untuk mendapatkan tempat pertama.
"GO SWEETHEART!" Jerit Hamsyar.
"YES!" Sorak Sya bila dapat meninggalkan yang lain. Dia bercekak pinggang kerana penat.
"Kau dari tingkatan 1 asyik emas ja kau tibai ye. Kau makan ubat apa ni?" Tanya Lysa yang terbongkok kerana penat.
"Kau nak tahu?" Dijongket keningnya. Lysa mengangguk. Sya menunjuk ke arah suaminya.
"Dia lah ubat aku." Lysa memandang menyampah. Untunglah ada suami boleh bagi semangat.
"Menyampah aku dengan kau." Sya tergelak bebas.
"Sweetheart sini!" Panggil nya dan Sya berlari kecil ke arah jejaka tu. Air yang dihulur oleh Hamsyar diambil.
"Baru abang teringat. Selama ni yang selalu naik pentas masa penyampaian hadiah tu sayang lah?" Sya menganguk dan diteguk airnya.
"Abang tu ja dulu tak pernah nak pandang Sya." Dijeling suaminya. Hamsyar tergelak kecil.
"Sayang kan masa tu selekeh." Membulat mata Sya dan ditampar bahu jejaka tu geram.
"Abang tak maksud acara ke?" Hamsyar mengeleng kepalanya.
"Malas nak masuk."
"Abang nak tahu tak Aaryan cabar Sya. Kalau Sya dapat pingat emas dalam lompat tinggi dia nak hadiahkan iphone 13." Ternaik kening Hamsyar.
"Dia macam nak memperlekehkan sayang ja. Setakat iphone 13 tu apalah sangat nak dibandingkan Lamborghini dekat rumah korang tu kan?" Berkerut dahi Sya.
"Macam mana abang tahu?" Mengecil matanya. Padahal kereta tu ditutupi dengan kain dibawah garaj.
"Abang usha haritu. Hampir luruh jantung jugak lah." Sya tergelak besar.
"Tu Sya dah lama beli cuma simpan ja dulu. Cadang nak naik dengan seseorang istimewa maybe its you." Ternaik kening Hamsyar.
"Selama ni kereta tu sayang ja naik?" Sya menganguk.
"Itu yang Sya simpan dalam garaj then naik BMW ja. Kalau abang nak naik boleh ja." Sengihnya.
"Auww beruntung nya rasa bila orang istimewa tu abang sendiri." Dibaringkan badannya dan diletakkan kepala di peha Sya.
"Eh abang ni sekejap lagi Sya nak pergi lompat tinggi tau."
"Ala tak payah lah esok esok jelah." Sya mengusap rambut suaminya perlahan.
"Ha buat apa ni! Maksiat?" Sergah Ustaz Harris. Terkejut mereka berdua.
"Haish Ustaz ni mana ada kami buat maksiat depan pelajar macam ni." Ustaz Harris berpeluk tubuh.
"Dah tu? Yang si Hamsyar ni kemain ye tidur atas peha anak orang." Jejaka tu tergelak.
"Biarlah saya nak bermanja dengan isteri saya. Ustaz tu single jeles lah tu." Kata Hamsyar.
"Dah kahwin? Tak ajak ustaz pun. Sampai hati." Suami isteri tu hanya tergelak.
"Sorry lah ustaz. Kami buat kecil kecilan ja nanti ada majlis lagi kami panggil." Mereka berdua tersengih.
"Yelah dah ustaz nak pergi tengok pelajar lain. Kamu berdua jangan nak sweet sangat ingat ada orang yang single lagi." Mereka berdua menabik.
"Baik!" Setelah ustaz tu pergi, Hamsyar memeluk pinggang isterinya erat.
"Hm sukanya duduk dekat sayang."
"Dah dah. Nak manja tunggu dekat rumah nanti. Sekarang ni Sya kena pergi lompat tinggi pulak. Jom nak ikut?" Hamsyar menganguk pantas dan bangun mengikuti langkah isterinya.
YOU ARE READING
THE PERFECT HUSBAND [C]
RomansaSuka dalam diam? Memang itulah yang terjadi. Terjatuh hati pula dengan jejaka yang nakal dan selalu buat onar di dalam sekolah. Tapi disebabkan ego, dia menjual mahal. Siapa sangka yang menjadi mangsa jejaka tu adalah tidak lain tidak bukan ialah ga...