BAB 19

4.7K 304 1
                                    

Selepas saja hari dimana mereka berdua berjumpa, jejaka tu sudah tidak menghubungi Sya lagi. Jika disekolah jejaka tu bertindak seperti tidak kenal siapa gadis tu.

Sya pula sekarang sibuk menyiapkan pelamin untuk hari pernikahan yang bakal dilangsungkan pada hari lusa. Majlis akan diadakan dirumah ketiga gadis tu.

"Sya. Kau sure nak kahwin?" Tanya Zehra. Sya menganguk lemah dan mengukir senyuman nipis.

"Kalau ni boleh bahagiakan aku in shaa Allah keputusan aku tak salah." Lysa mengusap bahunya perlahan.

"Sini makan dulu!"jerit bonda Licia. Bonda kepada Lysa. Mereka bangun melangkah ke meja makan.

"Adik sini duduk sebelah abang."Sya segera duduk disebelah abangnya. Dimeja makan tu masing masing seronok berbual namun tidak kepada Sya.

"Adik okeyh?" Gadis tu menganguk saja. Setelah selesai makan terus dia membasuh pinggan dan naik ke bilik. Yang lain hanya melihat saja.

Sya melihat telefonnya. Rindu dengan Hamsyar. Tetiba jarinya tertekan butang call dan panggilan tu ditolak serta merta. Nafas perlahan dihela. Diletak fon ditepi.

Tidak lama kemudian deringan telefon menyentakkannya. Dilihat nama pemanggil ialah Hamsyar.

"Halo sorry tadi aku pakai baju. Kenapa call? Rindu eh?"

Sya tergelak kecil. Jika boleh mahu saja dia jujur yang dia rindu tapi dia malu.

"Tertekan je tadi ni." Kedengaran ketawa jejaka tu dihujung talian.

"Mengaku jelah yang kau rindu aku ira. Tak payah nak sanjung ego sangat kang menyesal."

"I miss you lot." Suara Sya menjadi serak. Air mata nya bertakung. Hamsyar disana terdiam. Dia tidak suka Sya menangis.

"Sayang are you crying? Hey dont cry. i miss you too." Jika dia dekat dengan gadis tu sudah lama dia peluk Sya dengan erat dan seka air mata tu tapi waktu tidak mengizinkan.

"Sayang listen. I'm always with you sweetheart. Stop crying please. Kalau aku dekat dengan kau, aku dah tenangkan kau sayang."

"Rinduu." Hamsyar tersenyum disana. Sungguh dia pun rindukan gadisnya tapi apa dia boleh buat?.

"Aku tak suka kau nangis sayang. Aku jadi serba salah. Sebab aku air mata berharga kau jatuh. Aku rasa diri aku tak berguna. Please stop crying? If you love me, stop crying."

Sya mengesat air mata nya dan dia menarik nafasnya dalam.

"Dah? Sayangnya Hamsyar tak boleh cengeng. Lusa kita akan galas tanggungjawab masing masing." Walaupun perit namun dia perlu kuat juga.

"Aku tak ada banyak masa ni ada benda lain kena settle. I love you so much sweetheart. Jangan nangis lagi ye."

"Byee. Jaga diri Hamsyar." Air mata nya kian mengalir.

"Shhh dont cry sweetheart. Smile okeyh? aku tutup dulu. Bye sweetheart." Dan panggilan tu telah ditutup oleh Hamsyar.

"Sya?" Ditoleh ke Zehra dan Lysa yang melangkah masuk.

"Kenapa nangis ni? Rindu dia?" Dianggukkan kepalanya dan dipeluk erat kedua sepupunya.

"Sabar ya Sya." Diusap belakang tubuh Sya untuk menenangkan nya.

THE PERFECT HUSBAND [C]Where stories live. Discover now