BAB 12

5.4K 364 5
                                    

Sya hanya pandang Hamsyar yang sedang berborak dengan dua kawannya itu.

"Awak Sya kan? Saya Nureen bekas teman wanita Hamsyar." Dipandang wajah gadis tu dan mengangguk saja.

"Ya saya kenapa eh?" Bukan dia tidak kenal Nureen malah kenal. Sewaktu tingkatan 3, Nureen dan Hamsyar official couple tapi tidak sampai 3 bulan hubungan mereka terputus.

"Hamsyar tu dulu waktu dengan saya dia selalu mengalah walaupun bukan salah dia tapi dia tetap minta maaf. Kalau awak nak tahu masa dia dengan saya kan dia romantik sangat." Katanya dan Sya hanya diam mendengar.

"Dia sanggup buat macam macam tapi saya menyesal sebab saya minta putus dengan dia." Ternaik kening Sya.

"Okeyh then kau nak dekat dia balik?" Dilihat Nureen mengangguk tanpa rasa bersalah.

"Dan saya harap takkan ada pengganggu hubungan kami." Dia seakan mahu menyindir gadis dihadapannya nya sekarang.

" Then kau nak aku buat apa? Simpati dekat kau?. Memang layak pun kau kena tinggal sebab dah diperjuangkan tapi jual mahal. Lepas kena tinggal baru pandai nak menyesal? Dasar perempuan tak sedar diri." Sya bingkas bangun dan mendekati ke arah Hamsyar. Rambut belakang jejaka tu diusap.

Hamsyar mendongak memandang wajah Sya dan melentokkan kepalanya di perut gadis tu. Ditoleh ke arah Nureen.

"he's mine!" Katanya tanpa suara.

Nureen mengepal penumbuknya erat. Dia bangun dan melangkah keluar dari cafe tu dengan perasaan marah. Kebetulan Lysa dan Zehra berselisih dengan gadis tu.

"Tu bukan ex Hamsyar?" Soal Lysa dan dibalas anggukan oleh Zehra.

"Nak hisap rokok boleh?" Hamsyar mendongak memandang Sya. Gadis tu mengeleng kepalanya.

"Jangan, nanti kena tangkap dengan cikgu." Diusap rambut itu perlahan . Jejaka tu diam merasakan usapan di rambutnya.

"Diam terus leader kita." Kata Aizat dan tergelak kecil. Selalunya Hamsyar akan melawan jika ada yang menghalang nya utnuk buat sesuatu.

"Tapi dekat luar boleh kan?" Sya menganguk kepalanya. Hamsyar mengukir senyuman nya.

"Sya. Tadi diorang ada bagitahu kitorang yang classmate kita nak ajak keluar makan petang nanti. Kita pergi ramai ramai pukul 4." Tutur Lysa dan Sya menganguk faham.

"Ada lelaki?" Hamsyar mula menyampuk.

"Ada tapi tak ramai lah yang join dalm 13 orang macam tu."kalini Zehra pula membuka suara.

"Aku ikut." Mereka pandang Hamsyar dengan penuh tanda tanya. Jejaka tu menjongket keningnya menandakan apa.

"Apa? Ada laki kan? Aku ikut."Mereka menganguk faham.

"Faham. Takut kesayangan kena rampas lah tu." Sindir Zehra dan disiku siku lengan Lysa disebelah.

"Eh tak payah lah ikut. Nanti susah pula kami nak usha ehem kan Lysa, Zehra?" Sya membuat isyarat mata dan mereka berdua menganguk laju.

"Betul dahla ramai yang handsome handsome dekat mall." Zehra turut join untuk mengenakan ketiga jejaka tu.

"Kau memang nak aku buang biji mata kau ke?" Datar suara Hamsyar. Sya tergelak kecil dan digosok rambut jejaka ni perlahan.

"Tak habis habis dengan ugutan yang tu. Cuba ubah ugutan tu." Hamsyar mengukir senyuman misteri nya.

"Serius nak aku ubah ugutan aku?" Sya menganguk.

"Kau tengok laki lain aku nikah kau malam ni jugak!" Tersedak Calvin yang sedang minum.

"Mana boleh!" Bantah Sya tidak terima. Hamsyar menjongket keningnya berkali kali.

"Kenapa tak boleh? Dah payah sangat nak dengar cakap jadi biar aku atur kau guna jalur langit." Sya mencebik.

Jika Hamsyar menjadi suaminya maka dia harus patuh semua arahan yang dikeluarkan.

"Eish agak agaklah kalau nak ugut pun." Hamsyar mengangkat bahu tidak kesah.

"Bergaduh sungguh korang berdua ni." Tergeleng kepala Lysa.

Zehra mengambil tisu dan dilap mulut Calvin yang agak comot. Memerah telinga jejaka tu.

"Minum pun comot macam budak budak." Calvin berdecit dan dipaling kan mukanya ke arah lain.

"Ha koyak koyak! Cakap sikit koyak!" Jejaka tu memandang tajam ke arah Zehra.

"Diamlah kalau taknak aku cium." Terdiam terus Zehra dan Calvin menyimpan senyuman lucu.

THE PERFECT HUSBAND [C]Where stories live. Discover now