"Malas lah aku nak sekolah harini." Rungut Zehra atau nama panjang nya Zehra Riona.
"Kita tahun ni dah nak SPM tau. Tak payah malas sangat." Kata Lysa a.k.a Lysandra Azura. Cemberut wajah Zehra.
Mereka meletakkan bag di tepi kaki meja dan duduk terlebih dahulu sebelum pergi ke dewan.
"Weih Sya." Gadis yang dipanggil Sya tu menoleh. Sya atau dikenali sebagai Aesira Ukasya.
"Asal?" Soalnya dengan kening dinaikkan.
"Kau masih crush dekat dia ke?" Soal lysa dan Sya menganguk kepalanya.
"Tiga tahun kau suka dia tapi dia langsung tak peka."Kalini Zehra pula membuka suara.
"Tapi kau selalu jadi mangsa dia." Sya mengangkat bahu tanda tidak tahu.
"Entahlah kekadang rasa give up lah jugak suka dekat seseorang yang tak suka kita ni." Pipi yang tidak gatal digaru.
"Dahlah. Jom kita pergi dewan." Mereka bertiga bingkas bangun untuk ke dewan kerana ada perhimpunan.
"Hai cik adikkk." Meleret dia memanggil. Sya sudah menghela nafas perlahan. Pasti akan terjadi sesuatu lagi.
"Nak apa?" Dingin Sya bertanya. Jejaka tu mengelilingi dirinya. Berkerut dahi nya bila dikelilingi.
"Kitorang cau dulu!" Sya pandang dua sepupunya yang telah lari masuk ke dalam dewan kerana kebiasaannya mereka berdua juga turut diganggu oleh dua jejaka lagi.
Kepala Sya terdongak sedikit disebabkan Hamsyar menarik getah ikat rambut nya sehingga terurai rambut panjang Sya.
"Kan cantik tu." Sya hanya mengetap bibir walaupun dalam hati berdegup kencang kerana dipuji.
"Bagi lah balik Syar. Rimas lah macam ni." Jejaka tu mengeleng kepalanya tanda tidak.
"Biar jelah rambut kau macam tu. Nak ikat buat apa?." Sya menghela nafas perlahan. Disabarkan hatinya.
"Please lah Syar. Aku tak bawa getah lebih." Sya pandang dia mohon simpati. Hamsyar palingkan muka nya ke arah lain. Tidak kuat melihat wajah comel tu.
"Okey fine! Sini aku ikatkan. Kalau kau bagi orang lain ikat memang aku pijak kau." Keras amaran diberi dan dia berdiri di belakang Sya. Meremang bulu roma Sya bila tangan kasar tu menyentuh rambutnya.
"Yang kau kejung ni kenapa? Berdegup kencang eh bila aku sentuh rambut kau?" Bisiknya tepat di tepi telinga kanan Sya.
"Ikat lah cepat!" Gesa Sya mahu menutup malu nya.
"Bahagia sekali rumah tangga mu nak." Kata Aizat Farish dan Calvin Azriel mengangguk. Mereka sedari tadi hanya jadi penonton.
"Siap. Ingat apa aku cakap tadi." Dia berdiri depan Sya semula dan gadis tu menganguk.
"Terima kasih." Diatur langkah ke dewan. Badboy hanya memandang pemergian gadis tu.
"Asal eh kau selalu kacau dia ja? Kau suka dia ka?" Soal Calvin dan Hamsyar mengangkat bahu.
"Saja seronok seronok lagipun dia macam better dari perempuan lain." Katanya dengan tenang.
YOU ARE READING
THE PERFECT HUSBAND [C]
RomansaSuka dalam diam? Memang itulah yang terjadi. Terjatuh hati pula dengan jejaka yang nakal dan selalu buat onar di dalam sekolah. Tapi disebabkan ego, dia menjual mahal. Siapa sangka yang menjadi mangsa jejaka tu adalah tidak lain tidak bukan ialah ga...