BAB 28

4.4K 259 0
                                    

"Barang aku dah bagi dekat Zehra jadi nanti kau ambil ja dekat dia." Kata Sya melalui panggilan.

"Alah asal bukan kau ja yang simpan barang? Aku dah lah segan dengan Zehra." Sya tergelak kecil mendengar kata kata Anas.

"Nanti aku bagitahu dia yang kau nak ambil barang tu." Setelah Anas menjawab, Sya menutup panggilan nya.

"Dah berani telefon dengan jantan lain? Jantan yang nombor berapa pula yang booking kau?" Sya menoleh ke arah Hamsyar.

"Anas telefon tanya barang ja." Hamsyar mengoyak senyuman sinisnya. Sya yang melihat sudah gerun.

"Barang? Barang apa? Barang untuk puaskan antara satu sama lain hm?" Didekati ke arah Sya yang duduk di sofa. Gadis tu mengeleng kepalanya tanda tidak.

"Lepas tidur dengan jantan pun masih nak buat hubungan intim?" Dicengkam kuat kedua pipi Sya.

Berair mata gadis tu bila si suami menuduhnya lagi.

"Kau nangis aku tumbuk perut kau." Dan mutiara jernih mengalir ke pipi mulus tu.

Buk.

"Argh." Sya menunduk memegang perutnya yang ditumbuk. Tidak disangka suami sendiri sanggup menumbuk isterinya.

"Apa salah Sya abang? Sya tak pernah buat benda terkutuk tu." Dipandang wajah ketat Hamsyar.

"Tak pernah? Kalau kau tak pernah buat macam mana boleh datang nya gambar tu hm?" Dicengkam rambut Sya dan didongakkan kepala tu kasar.

"Itu fitnah abang. Tolonglah percaya Sya." Hamsyar berdecit mendengar rayuan tu.

"Percaya kan kau? Tak akan sesekali!. Kau dah puas main dengan jantan tu bila dah terbongkar baru nak merayu?!" Jerkah Hamsyar dan ditolak kasar kepala tu. Sya hanya mampu menangis.

"Kembalikan Hamsyar yang dulu." Perlahan suara nya.

"Apa kau cakap? Cuba ulang sekali lagi." Ditarik dagu tu.

"Kembalikan.Hamsyar.yang.dulu!" Sya menekan satu persatu kata katanya. Dia mahu suaminya yang dulu dimana dia dibelai dengan kasih sayang bukan yang memukulnya.

"kau ikut aku sekarang! Kau nak aku yang dulu kan!" Ditarik kasar tubuh tu agar mengikuti nya sehingga tiba di bilik stor. Ditolak tubuh Sya ke dalam.

"Jangan harap kau boleh makan dan minum. Duduk lah kau dalam ni!" Ditutup pintu tersebut dan dikunci.

"Abang! Buka lah pintu ni! Sya minta maaf abang! Jangan seksa Sya macam ni abang!" Rayunya namun Hamsyar langsung tidak peduli.

Sya menyandarkan badannya di dinding dengan berpeluk lutut. Air mata nya mengalir lagi bila diperlakukan seperti ini.

"Sya rindu abang yang dulu."

"Sya rindu nak dibelai dengan kasih sayang abang."

"Sya rindu sentuhan lembut abang. Tapi semuanya berubah." Katanya sendirian. Tangisannya tidak mampu ditahan lagi dan dia menangis semahu mahunya sehingga tersedu sedan.

Perut yang ditumbuk tadi disentuh perlahan. Sakit tidak digambarkan bagaimana seorang suami sanggup memukul isterinya.

Satu jam telah berlalu namun tiada tanda tanda yang Hamsyar akan datang membuka pintu. Sya sudah berpeluh kerana panas.

Perlahan lahan tubuh tu melorot jatuh dan terbaring di lantai dengan tidak sedarkan diri.

Krekk.

Pintu tu dibuka dari luar. Sosok tubuh jejaka tinggi lampai melangkah masuk dan mendekati gadis tu. Rambut yang menutupi wajah Sya diselak.

"Bangun." Namun langsung tiada sebarang reaksi. Hamsyar segera mendukung tubuh tu keluar dari bilik tersebut.

Hamsyar mengusap rambut panjang tu kebelakang. Wajah yang berpeluh tu dilap dengan tuala kecil.

Wajah tu direnung olehnya. Perasaan nya bercampur baur. Marah,sedih,sayang semuanya bercampur aduk.

PERLAHAN lahan mata dicelikkan dan memandang siling putih rumahnya. Perlahan lahan dia bangun dari baringannya.

Perut yang lapar dipegang. Dari petang dia tidak makan dan sekarang jam menunjukkan pukul 8 malam.

Sya bangun untuk ke dapur dan dibuka peti ais. Nafas dihela perlahan takkan lah dia perlu masak pula? Dia tidak larat.

Diambil segelas air kosong dan diteguk olehnya sebelum melangkah ke sofa semula.

Sosok tubuh Hamsyar langsung tidak nampak. Dibaringkan badannya dengan tangan kiri memegang perut kerana lapar. Mata dipejamkan semula.

"Asal kau pegang perut? Mengandung?" Suara garau tu kedengaran dekat dengannya. Dicelikkan mata memandang wajah Hamsyar yang berdiri depannya.

"Sya lapar." Katanya. Hamsyar terdiam melihat Sya yang pejamkan mata nya semula.

"Kau tidur pun bukan boleh kenyangkan kau. Pergilah masak ada kaki tangan kan." Katanya seakan tidak peduli.

"Tak apa. Sya okeyh." Ditarik rambutnya menutupi wajah dan dipaksakan juga untuk tidur.

HAMSYAR melangkah masuk ke dalam rumah dengan senyap dan dia bersila di tepi sofa Sya.

Rambut tu diselak olehnya. Bibir tu kering saja. Ditepuk pipi Sya perlahan.

"Bangun hey." Mata yang berat digagahkan juga untuk dicelikkan.

"Sini bangun makan dulu aku dah beli nasi goreng." Ditarik tubuh Sya untuk bangun. Polisterin tu dibuka olehnya.

"Buka mulut." Arah Hamsyar dan disuap isterinya apabila gadis tu menurut apa yang dia arah.

THE PERFECT HUSBAND [C]Where stories live. Discover now