The Devil's Sweetheart
. . . . . . . .
"𝘛𝘳𝘶𝘦 𝘭𝘰𝘷𝘦 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘪𝘦𝘴 𝘯𝘦𝘷𝘦𝘳 𝘩𝘢𝘷𝘦 𝘦𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨𝘴"
Aku terkesima takala melihat cincin yang tersarung di jari manis aku ketika itu.
"Isn't that right? My sunshine, Ms Safar" Wajah Afif bergitu dekat dengan aku sehingga aku dapat merasakan hembusan nafasnya.
Aku menangguk perlahan. Wajah Afif aku pandang lama sebelum menarik senyuman nipis.
Aku mendengar bunyi tapak kaki berlari, kepala aku panjangkan memandang belakang Afif. Melihat Ayden berlari meninggalkan kami berdua, membuatkan aku sendiri melepaskan keluhan berat. Lepas sudah satu bala yang datang.
"Dia dah pergi ya?" Soal Afif yang masih memandang wajah aku.
Wajah aku takup dengan kedua tangan, mengingati kembali kejadiaan sebentar tadi benar-benar memalukan aku.
"Ermm... Mr. Afif, Just now you..." Lidah aku kelu untuk meneruskan kata-kata.
"Just now, you and I have solved this issue forever." Afif menjawab tanpa kekok. Kedua tangannya di masukkan kedalam kocek seluar. Dan langkah di buka menuju kembali ke rumahnya.
"Err, Mr.Afif..." Panggil aku dan Afif menoleh kearah aku dengan kening di angkat sebelah.
"Cincin ni..." Aku memandang semula kearah jari manis yang masih tersarung cincin pemberian Afif.
"Keep that...Saya terasa nak bagi dekat Miss Safar" Balasnya dengan senyuman.
"Terima kasih sebab bantu saya" Aku menjawab, kepala yang tidak gatal aku garu perlahan.
"Anything for you Miss Safar. Saya bersedia membantu Miss Safar kembali kalau Miss Safar mengalami masalah yang serupa" Afif tersenyum memandang kearah aku.
"Terima kasih, tapi rasanya tidak perlu. Sebab nanti apa pula kata orang bukan. Lagi pun nanti kekasih atau tunang Mr. Afif kata apa pula" Balas aku perlahan, kepala aku menunduk memandang kedua kaki aku sendiri.
Tawa Afif membuatkan aku menangkat kepala semula. Melihat dia bersandar senget di pagar besi sambil memandang kearah aku, membuatkan aku sendiri berkerut dahi.
"Saya rasa, Miss Safar dah salah faham ni" Balas Afif sambil mengesat hujung matanya.
"Saya boleh berpura-pura jadi kekasih Miss Safar sampai dia betul-betul pasti yang Miss Safar sudah berpunya" Afif bersuara lagi, dengan wajah tenangnya.
Safar Nurmellilana, Dia cuma seoarang lelaki yang baik dan cuba untuk membantu. Sudahlah Safar, dia siapa nak pandang kau. Kau hanya sebuah kentang sahaja Safar.
YOU ARE READING
23🍒 - THE DEVIL'S SWEETHEART [COMPLETE]
Romance"𝘛𝘳𝘶𝘦 𝘭𝘰𝘷𝘦 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘪𝘦𝘴 𝘯𝘦𝘷𝘦𝘳 𝘩𝘢𝘷𝘦 𝘦𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨𝘴" Hubungan cinta yang telah lama terjalin... Janji-janji lama, semuanya hanya sekadar guruan. Safar Nurmelliana yang tidak pernah menyangka mimpinya menjadi realiti. Dan dia mendap...