The Devil's Sweetheart
. . . . . . . .
"𝘛𝘳𝘶𝘦 𝘭𝘰𝘷𝘦 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘪𝘦𝘴 𝘯𝘦𝘷𝘦𝘳 𝘩𝘢𝘷𝘦 𝘦𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨𝘴"
"Fartini Adriana" nama penuhnya di panggil, membuatkan dia yang sedang tekun membaca sebuah novel bergenre thriller terhenti seketika. Kepalanya mendongak memandang kearah insan yang berdiri tegak dihadapannya tanpa sebarang riak. Insan yang hanya berkemeja T tanpa kolar dan berseluar track hanya dipandang biasa oleh Fartini sebelum memandang semula buku ditangannya, walau dia sendiri tahu akan lelaki tersebut inginkan tumpuannya dan ingin menyampaikan sesuatu yang amat penting.
"Diaorang dah setuju. Aku minta majlis bulan depan" Sekali lagi dia bersuara setelah lama dia mendiamkan diri, dipandang wajah Fartini dengan penuh dalam.
"Taniah" Fartini membalas, tumpuannya lebih kepada senaskah buku yang mengandungi jalan cerita yang lebih menarik daripada cerita lelaki dihadapannya.
"Fartini, jujur dengan aku. Apa ada dekat Uwais sampai kau sanggup pandang dia?" Dilemparkan soalan yang membuatkan Fartini dengan cepat mendongak memandangnya.
"Sebab dia manis. Dia baik. Dia ada apa yang orang lain tak ada" Jawab Fartini.
Dia mengeluh. Seorang lelaki bernama Afif Furqan melepaskan keluhan kecil, kepalanya menunduk memandang bawah. Ketulan batu kecil yang berada di hujung kaki, disepaknya perlahan sebelum menangkat wajah memandang kearah Fartini semula.
"Fartini, aku tak tahu kenapa dan mengapa aku pilih Safar. Kau tahu bukan dihati aku masih ada siapa" Afif bersuara perlahan.
"Boleh aku katakan sepenuh hati aku masih ada pada dia. Walau disebabkan dia, aku bawa diri jauh, disebabkan dia jugalah aku boleh bangunkan syarikat Al-Qarni dengan megah" Afif bersuara lagi.
"Fartini, kalau aku cakap dengan Mama, aku masih cintakan kau. Masih ada harapan untuk aku tak? Boleh tak kita kembali macam dulu? Fartini, aku tolong kukuhkan syarikat Uwais macam kau minta. Kau nak aku tolong Safar yang kena ganggu dengan bekas kekasih dia, aku ikut. Tapi soal hati aku..."
"Habis tu kenapa hang nak kahwin dengan Safar? Ahhh sebab aku juga? Afif sedar tak apa yang hang tengah cakap ni? Aku adik hang tau" Fartini bersuara lagi. Pandangannya tajam memandang Afif yang berada dihadapannya. Bangun dia dari duduk dan membuka langkah ingin meninggalkan Afif.
"Bukan adik yang ada pertalian darah pun. Sepanjang hidup, aku tak pernah terdetik anggap kau adik aku, Fartini. Adik aku dah mati! Kau hanya pengganti adik aku sahaja. Itupun untuk mama, bukannya aku" Afif bersuara keras, dadanya berombak jelas ketika itu.
"Jadi kenapa hang pilih nak berkahwin dengan Safar?" Fartini menyoal, wajahnya tegang memandang Afif ketika itu. Perasaannya seakan ingin membaham sahaja lelaki dihadapannya.
YOU ARE READING
23🍒 - THE DEVIL'S SWEETHEART [COMPLETE]
Romance"𝘛𝘳𝘶𝘦 𝘭𝘰𝘷𝘦 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘪𝘦𝘴 𝘯𝘦𝘷𝘦𝘳 𝘩𝘢𝘷𝘦 𝘦𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨𝘴" Hubungan cinta yang telah lama terjalin... Janji-janji lama, semuanya hanya sekadar guruan. Safar Nurmelliana yang tidak pernah menyangka mimpinya menjadi realiti. Dan dia mendap...