02

118 6 16
                                    

The Devil's Sweetheart



. . . . . . . .




"𝘛𝘳𝘶𝘦 𝘭𝘰𝘷𝘦 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘪𝘦𝘴 𝘯𝘦𝘷𝘦𝘳 𝘩𝘢𝘷𝘦 𝘦𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨𝘴"











Jangan harap aku akan lepaskan korang berdua. Itu janji aku!






"Safar"

"Awat hang pandang aku lagu tu? Nih awat muka hang pucat?" Soal Fartini dengan kerutan di dahi.

"Aku gerak bangun ja...awat hang dramatik sangat, macam orang nak mati hidup balik nih?" sekali lagi Fartini bersuara.

Aku hanya memandang wajah Fartini di hadapanku ini tanpa riak, otak aku seakan memproses apa yang sedang berlaku sekarang ni. Baru sahaja sebentar tadi aku terasa seperti hilang nyawa.

Adakah aku sedang bermimpi?

"Ni pompuan bangun la. Hang tengok jam sekarang. Hang dah asaq ka belum ni?" Sekali lagi Fartini membidas. Tangannya laju sahaja menunjuk jam yang tergantung pada dinding pejabat.

Kepala aku juga turut mengikut tangannya melihat jam di dinding dah lima petang. Dengan cepat aku mencari telefon bimbit aku untuk kepastiaan yang sahih mengenai waktu.

"Hang cari apa pula? Pahala hang tak ada dekat sini. Pi sembahyang la gila" Fartini memetir takala melihat aku masih lagi tidak berganjak.

"Nampak phone aku? Hari ni hari apa? Tahun sekarang?" Soal aku sambil memandang wajah Fartini.

Aneh. Ya itulah pandangan Fartini terhadap aku, mana ada orang bangun dari tidur terus bertanya mengenai tahun.

"Cik kak, Ini hari Khamis, Tahun masih lagi 2019. Apa masalah hang ni? Hang okey ke tak?"

"2019" Aku menyoal pelik. Kepala yang tidak gatal aku garu.

Sungguh bukankah sekarang tahun 2021? Kenapa boleh jadi 2019? Aku dah termasuk kea lam ghaib ke sekarang?

"Ya gila. Dah malas aku layan hang. Nah ambik dokumen ni, hang sign. Ni projek dengan syarikat dubai. Dah aku keluar dulu. Jangan lupa pi sembahyang asaq tu...dasar manusia tak reti bersyukur dengan nikmat tuhan" Dokumen diletak atas meja aku sebelum dia berjalan keluar.

Sumpah aku mati kata sekarang. Projek dengan syarikat dubai ni projek pertama aku dan sebelum abang meninggal.

"Fartini, abang aku mana?" Soal aku dalam nada bergetar. Rentak jantung aku laju ketika itu, menanti sabar jawapan balas Fartini.

23🍒 - THE DEVIL'S SWEETHEART [COMPLETE]Where stories live. Discover now