39

54 6 23
                                    

The Devil's Sweetheart



. . . . . . . .



"𝘛𝘳𝘶𝘦 𝘭𝘰𝘷𝘦 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘪𝘦𝘴 𝘯𝘦𝘷𝘦𝘳 𝘩𝘢𝘷𝘦 𝘦𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨𝘴"












"Jadi, Puan Safar mengandung?" Soal Aleeya tenang.

Aku menangguk perlahan, perut yang membuncit sedikit aku pegang sebelum mengosoknya lembut. Aku pandang wajah peguam yang mengendali kes penceraian aku dan Afif.

"Kenapa? Saya tak boleh bercerai ke kalau saya mengandung?" Soal aku semula.

Aleeya menggeleng. "Talaq sewaktu isteri sedang hamil terletak di bawah kategori talaq yang bukan sunniy dan bukan bid'iyy. Maka hukumnya adalah harus. Iddahnya nanti tertaluk pada kelahiran kandungan, bukan kepada haid." Terang Aleeya lagi.

"Puan Safar betul-betul nak bercerai ke?" Soal Aleeya teragak-agak.

"Puan Safar, bukannya saya nak menghasut. Tapi...seorang isteri yang mengandung akan menghadapi keletihan dan tekanan perasaan memikirkan tentang kesempurnaan bayi. Bila berlaku perceraian, ia akan menambahkan lagi penderitaan dan kesusahan yang Puan Safar terpaksa tanggung. Encik Afif mesti akan mengambil kira segala aspek dan melakukan semua ikhtiyar sebelum melafazkan cerai nanti" Aleeya sekali lagi berkongsi maklumat.

"Saya dah nekad. Kalau saya masih lagi bersama dengan dia, kesihatan bayi ni mungkin akan terjejas lagi. Dengan keadaan mental saya bila hidup bersama dengan dia" Aku membalas tenang. Ya, semua itu aku sudah mengambil kira selepas aku membuat keputusan untuk berpisah dengan Afif bulan lepas.

Semuanya aku sudah berbincang terlebih dahulu dengan Mama, Papa dan Along, termasuk juga Mama Afif. Dan dengan itu, kata putus aku adalah ya, aku memilih untuk berpisah dengan Afif. Hati aku telah mati untuk bersama dengannya mahupun memilih untuk memulihkan perkahwinan kami.

Sesungguhnya aku tidak terima untuk berpoligami, Isteri mana yang sanggup untuk hidup bermadu? Sedangkan usia perkahwinan aku dan Afif masih lagi awal, belum masuk keangka setahun. Dan ini semua berlaku sekelip mata sahaja.

"Aleeya..." Panggil aku lembut, membuatkan gadis bertudung litup itu mengalihkan wajahnya memandang aku semula. "Afif belum tahu lagi tentang kandungan saya" luah aku tentang perkara sebenar.

Ikutkan, sewaktu kepulangan Afif dari dubai, aku hendak memberitahunya, tapi semuanya bergerak dengan pantas. Kemunculan Maya, peragai Afif yang berubah bila bersama Maya dan pengakuan Maya. Membuatkan aku hilang rasa untuk berkongsi tentang kandungan aku. Cukuplah aku sendiri yang menelan kelat tu.

Riak Aleeya terkejut mendengar luahan aku. Tersandar dia kebelakang, kepalanya menggeleng laju.

"Kes saya susah sangat ke?" Soal aku takala melihat keadaan Aleeya yang sebergitu rupa.

Aleeya menggeleng. Dibawa tubuhnya kedepan, rapat pada meja, wajah aku dipandangnya. "Ini kali pertama saya dapat kes penceraian macam ni. Kenapa Puan tak bagi tahu saja dekat Encik Afif? Sekurang-kurangnya dia boleh selamatkan lagi hubungan Puan dan dia" Aleeya membalas, tangannya menopang dagu, menanti aku untuk bercerita.

23🍒 - THE DEVIL'S SWEETHEART [COMPLETE]Where stories live. Discover now