The Devil's Sweetheart
. . . . . . . .
"𝘛𝘳𝘶𝘦 𝘭𝘰𝘷𝘦 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘪𝘦𝘴 𝘯𝘦𝘷𝘦𝘳 𝘩𝘢𝘷𝘦 𝘦𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨𝘴"
Tingkap bilik aku buka, membiarkan angin laut masuk kedalam, menampar lembut wajah. Kerana pilihan Dani yang tiba-tiba sahaja memilih untuk bercuti, kembali aku semula ke negeri yang bergitu banyak melakar kenangan manis aku dan dia suatu ketika dahulu. Seandainya masa dapat ku putarkan semula, aku ingin kekalkan berada diwaktu itu sahaja, waktu dimana aku dan dia masih lagi bersama, menikmati setiap saat hari bahagia kami tanpa ada rasa berbelah bahagi. Dan juga, tanpa aku sendiri mengetahui kisah silamnya.
"Ibu?" Dani memanggil, menyentak aku dari lamunan panjang. Wajah aku paling memandang kearahnya dengan senyuman nipis terhias diwajah.
"Iya sayang? Kenapa?" Aku menyoal, memandang wajah Dani yang manis dengan senyumannya.
"Jom kita keluar makan Ibu? Dani nak makan Nasi Kandar" Luah Dani.
"Awak, saya nak makan Nasi Kandar" Aku bersuara sebaik sahaja melihat Afif yang baru melangkah keluar dari ruangan mandi. Berkerut dahinya takala mendengar ajakkan aku.
"Lagi?" Tuala kecil disangkut pada bahunya, merenung kearah aku dengan pandangan seakan tidak percaya.
"Saya lapar" Aku membalas, mengharap agar pembalasan Afif adalah positif dan tidak menghampakan permintaan aku malam ini.
"Sayang tak jemu makan Nasi Kandar?" Soal Afif lagi, keadaannya masih lagi sama dengan tuala putih yang masih melilit bahagian bawah tubuhnya, mendedahkan sebahagian atas tubuh. Rambut yang masih basah tidak dihiraukannya, malah dia menapak menghampiri aku.
Aku menggelengkan kepala. Wajah Afif aku pandang, menunjukkan bertapa bersungguhnya aku untuk menjamah Nasi Kandar pada malam itu.
"Allah, sayang. Sudah lima malam sayang jamah Nasi Kandar. Tak baik untuk kesihatan tahu" Afif bersuara lagi. Diraup kasar wajahnya sebelum kedua tangan dibawa ke sisi pinggang.
"Saya nak juga Nasi Kandar" Aku masih berkeras dengan permintaan aku.
"Nasib sayang. Sudah pergi Bersiap. Kita pergi makan Nasi Kandar" Ajak Afif.
Aku memandang Dani di hadapan, satu-satunya anak lelaki aku ini bergitu berselera menjamah hidangan Nasi Kandar dihadapannya.
"Ibu, kenapa tak makan?" Ibu tak suka ke makan Nasi Kandar?" Dani mula menyoal, aku menjatuhkan pandangan pada hidangan di hadapan aku, kepala menggeleng sebagai balasan.
"Macam mana Dani tahu tempat ni?" Soal aku, menghirup minuman aku sebelum memulakan suapan aku, memandang wajah Dani, menanti jawapan darinya.
"Usyair beritahu Dani. Dia cakap tempoh hari dia ada datang dengan Ayah Long makan dekat sini" Dani membalas.
YOU ARE READING
23🍒 - THE DEVIL'S SWEETHEART [COMPLETE]
Roman d'amour"𝘛𝘳𝘶𝘦 𝘭𝘰𝘷𝘦 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘪𝘦𝘴 𝘯𝘦𝘷𝘦𝘳 𝘩𝘢𝘷𝘦 𝘦𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨𝘴" Hubungan cinta yang telah lama terjalin... Janji-janji lama, semuanya hanya sekadar guruan. Safar Nurmelliana yang tidak pernah menyangka mimpinya menjadi realiti. Dan dia mendap...