42

50 5 10
                                    

The Devil's Sweetheart



. . . . . . . .



"𝘛𝘳𝘶𝘦 𝘭𝘰𝘷𝘦 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘪𝘦𝘴 𝘯𝘦𝘷𝘦𝘳 𝘩𝘢𝘷𝘦 𝘦𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨𝘴"










Kampung Teluk, Kedah

Suara kanak-kanak menjerit dan diselangi dengan gelak tawa memenuhi perkarangan rumah kecil, tapak kaki kecil berlari-lari mengelilingi dalam lingkaran bulat bersama rakannya. Si ibu yang hanya diam di satu sudut memerhati sahaja tingkah si anak kecilnya. Sesekali bibirnya mengukir senyuman bila melihat karenah dua anak kecil tersebut.

"Fartini"

Namanya di panggil lembut, membuatkan dia memusingkan kepala memandang akan si pemanggil, senyumannya lebar menghiasi wajah.

"Tengok apa?" Soalan ditujukan pada Fartini.

"Itu anak aku, lincah sungguh dia. Tak kenal erti penat langsung" Fartini bersuara, pandangannya beralih memandang akan anak kecil lelaki yang makin rancak berlari kesana sini.

"Tengok bapak dia, sukar dikawal"

"Anak hang apa kurangnya Safar..." Fartini membalas, matanya melihat anak kecil lelaki, berkulit putih cerah, rambut hitam lebat sedang bermain dengan anaknya.

Aku hanya diam membisu, melihat satu-satunya anak lelaki aku yang sedang bermain tanpa kenal erti rasa penat.

Dani Al Furqan, nama anak aku. Berumur empat tahun dan raut wajahnya saling tidak tumpah seperti ayah kandungnya sendiri. Berwajah runcing, dagu tajam, bermata sepet, kening dan rambut hitam yang lebat. Sama sahaja dengan si ayah, tidak kurang mahupun terlebih. Semuanya diambil sebiji rupa paras si ayah.

"Safar, sat lagi along hang nak ambik aku dengan Usyair. Kami nak balik rumah maktok dekat Alor Setar sana. Hang nak ikut ka atau nak duduk sini?" Soal Fartini, wajah aku dipandangnya lama.

"Aku nak duduk sini sajalah. Segan la aku nak pergi rumah maktok. Lagi pun, Ngah not dengan Ngah Aziz tak balik lagi dari beli barang. Takut nak tinggal diorang berdua" Balas aku dengan senyuman.

Ngah Not dan Ngah Aziz, bukanlah ahli keluarga kandung aku mahupun dari pihak Fartini. Mereka berdua merupakan jiran sebelah rumah maktok dan Mak Fartini. Rumah diaorang ni, sebelah-sebelah saja. Ngah Not dan Ngah Aziz ni pula rapat dengan keluarga Maktok sejak Mak Fartini kecil lagi sampailah ke Fartini.

Jadi keakraban mereka ni memang tidak dapat dinafikan lagi. Seperti sebeuha keluarga sahaja, sedangkan status mereka hanya jiran. Dan aku, baru sahaja melangkah masuk kedalam keluarga mereka, tapi Ngah Not dan Ngah Aziz sudi menerima aku dengan tangan terbuka luas. Mereka seakan tidak kisah dengan keadaan aku yang sekarang. Dan anak-anak serta menantu mereka pun seperti tidak kisah tinggalnya aku bersama ibu bapa mereka, malah mereka melayan aku tidak ubah seperti adik kandung sahaja.

23🍒 - THE DEVIL'S SWEETHEART [COMPLETE]Where stories live. Discover now