ᴛʜᴇ ᴅᴇᴠɪʟ'ꜱ ꜱᴡᴇᴇᴛʜᴇᴀʀᴛ
. . . . . . . .
"𝘛𝘳𝘶𝘦 𝘭𝘰𝘷𝘦 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘪𝘦𝘴 𝘯𝘦𝘷𝘦𝘳 𝘩𝘢𝘷𝘦 𝘦𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨𝘴"
Aku memandang wajah along yang dari awal tidak berhenti tersenyum sebaik sahaja dia mendengar perkara yang telah aku sampaikan.
"Macam mana long?" Aku menyoal takala melihat Along sedikit pun tidak bersuara. Semenjak kematiaan mama dan papa 4 tahun lepas, along tempat aku menumpang kasih sepenuhnya.
"Adik. Along gembira dengar, sampai along tak boleh nak cakap apa lagi. Bila majlis dia?" Along bersuara dalam nada teruja.
"Afif cakap dia nak hantar rombongan merisik sudah tu..."
"Itu along tak setuju" along memotong percakapan aku. Dua pasang mata bulat itu memandang kearah aku dengan tajam. Aku sudah berkerut dahi memandang kearah along.
"Cakap dengan Afif, Along suruh dia nikah terus. Tak payah ikut tradisi sangat. Kamu dengan dia bukannya muda. Masing-masing dah tua. Dah boleh terima menantu dah tahu. Sibuk nak ikut adat" Terjuih bibir along takala memberitahu perkara tersebut.
"Along cakap dengan dia. Adik...adik malu"
"Ahh kau, masa bercerai tak tahu malu pula. Tak adanya, itu dia dekat belakang adik. Cakap dengan dia, along nak pergi tengok Fartini dengan Yash, dibiarkan dua manusia tu lama-lama mahu nanti jadi gelangang gusti" Along bangun dari duduk dan berjalan meninggalkan aku yang sudah tercengang.
Tiba-tiba sahaja aku berasa berdebar, sedikit pun aku tidak berani menoleh kebelakang. Terasa tempat di sebelah aku diduduki seseorang dan mengikut naluri hati aku, orang tersebut adalah Afif, hanya kerana bau kolegen miliknya sudah cukup aku mengenali insan tersebut.
"Safar Nurmelliana" Nama aku dipanggilnya, dengan segera aku menoleh memandang ke sisi.
Wajah Afif memenuhi pandangan aku ketika itu, redup sahaja pandangan matanya memandang kearah aku.
"Abang, saya...errr" Aku hilang kata. Afif hanya tersenyum memandang kearah aku.
"Abang dah dengar semuanya. Betul cakap Along, benda yang baik kena cepatkan. Kita bukannya orang muda lagi. Kita nikah terus boleh?" Soal Afif meminta izin.
BERBAJU kurung putih yang tersarung di tubuh aku pandang lama. Pintu bilik diketuk beberapa kali menyentakkan aku dari renungan yang tidak berasas itu.
YOU ARE READING
23🍒 - THE DEVIL'S SWEETHEART [COMPLETE]
Romance"𝘛𝘳𝘶𝘦 𝘭𝘰𝘷𝘦 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘪𝘦𝘴 𝘯𝘦𝘷𝘦𝘳 𝘩𝘢𝘷𝘦 𝘦𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨𝘴" Hubungan cinta yang telah lama terjalin... Janji-janji lama, semuanya hanya sekadar guruan. Safar Nurmelliana yang tidak pernah menyangka mimpinya menjadi realiti. Dan dia mendap...