10

52 7 6
                                    

The Devil's Sweetheart



. . . . . . . .



"𝘛𝘳𝘶𝘦 𝘭𝘰𝘷𝘦 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘪𝘦𝘴 𝘯𝘦𝘷𝘦𝘳 𝘩𝘢𝘷𝘦 𝘦𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨𝘴"











"Jom" Ajak Afif yang hanya berkemeja putih dan rambut hitam yang disebak kebelakang. Tanpa ada sebarang senyuman, pintu kereta di bahagian depan penumpang dibukannya.

Aku turut mendiamkan diri, dan masuk kedalam perut kereta. Wajah Afif sedikit pun aku tidak pandang, fikiran aku masih melayang dengan kata-kata along petang tadi.

Kata along, Afif Furqan seorang yang penuh dengan misteri, dan itu aku akui. Sampai sekarang aku masih belum tahu mengenai dirinya apatah lagi keluarganya. Dan yang aku tahu dia sudah berpunya, Lara Neylisa.

"Errr...Mr. Afif" Panggil aku, membuatkan Afif yang berada di tempat pemandu menoleh memandang kearah seketika.

"Pasal berita..."

"Ohh itu...saya bagi tahu pasal orang lain, tapi pihak sana salah anggap, diletaknya gambar awak dan saya masa kita makan bersama rakan sekerja" Afif menjawab tenang. Break di tukar ke D, pedal minyak ditekannya dan kereta meluncur laju memotong setiap kereta di jalan raya.

Aku mendengar penerangan Afif hanya mendiamkan diri. Hati aku terasa mampat ketika itu, tambahi pula mengingati kembali ayat Fartini dan Kak Ifti. Aku seakan diperlaku seperti perempuan simpanan dia sahaja.

"Don't worry, Saya dah bagi tahu abang awak tentang ni tadi. Dia okay sahaja" Sekali lagi Afif membalas, wajahnya kekal tanpa senyuman.

Aku hanya menangguk tanda faham, rasa lega takala along sudah tahu hal sebenar dan mana permohonan maaf along? Kenapa dia diam? Orang tua ni memang lah!

"Safar" Panggil Afif membuatkan aku menoleh memandang kearahnya semula.

"Iya saya?"

"Lepas ni kalau awak dengar benda yang tak sahih ceritanya pasal kita berdua, terus bagi tahu saya ye. Saya tak mahu awak tekanan dengan gossip macam ni" Afif bersuara lagi, wajahnya masih tanpa senyuman.

Aku hanya menangguk sebagai tanda jawapan. Chill Safar, benda kecil sahaja kan. Kau dengan dia ibarat kawan sahaja, tak boleh lebih dari tu.

"Kita nak makan malam apa ye?" Aku menyoal sebaik sahaja suasana didalam kereta mula sepi dan terasa asing ketika itu.

"Kita pergi beli baju dulu" Afif membalas, sedikit pun dia tidak memandang, tumpuannya masih setia pada hadapan.

Tapi sesungguhnya aku lapar...

"Kecuali..." Afif berjeda.

"Kecuali apa?"

"Kecuali Miss Safar want to become my dinner" Afif menoleh memandang aku.

23🍒 - THE DEVIL'S SWEETHEART [COMPLETE]Where stories live. Discover now