The Devil's Sweetheart
. . . . . . . .
"𝘛𝘳𝘶𝘦 𝘭𝘰𝘷𝘦 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘪𝘦𝘴 𝘯𝘦𝘷𝘦𝘳 𝘩𝘢𝘷𝘦 𝘦𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨𝘴"
Aku memandang wajah Afif tidak berkelip. Mentafsir apa yang dia katakan olehnya. Penampilannya sahaja sudah cukup mengetarkan jiwa, apatah lagi kata-katanya yang sekarang ni.
Afif yang sekarang terlampau nakal?
Disamping wajah dia yang tampan dan penampilannya yang biasa-biasa sahaja, langsung tidak menunjukkan dia adalah Al- Qarni CEO dari Dubai. Dengan cara bergitu sahaja dia dapat menarik tumpuan para wanita di luar sana.
Mana mungkin seorang wanita sanggup menolak ajakkan lelaki sebergini rupa. Dan...bagaimana aku nak menolak ajakkan dia?
Kain berwarna peach lembut dilempar kearah aku. Apron? Dah kenapa dia bagi aku apron? Dia nak suruh aku goda dia pakai apron?
"Getting you to cook a meal isn't too much, right? I've already prepared the ingredients"
Kepala yang tidak gatal aku garu, lahh suruh masak sahaja. Bergurau dia lain macam sangat. Tapi apa yang aku fikirkan sekarang ni, Safar Nurmelliana. Please jangan berfikiran kotor sangat. Astagfirullahaladzim!
Apron yang berada di tangan aku sarungkan ke tubuh. Rambut yang terlepas aku ikat menjadi kemas. Kedua kaki aku melangkah menuju ke ruangan dapur milik Afif, mata aku memandang kearah bahan masakkan yang telah disedaikan Afif.
Menelompong aku melihat kesemua bahan yang disediakan oleh lelaki tersebut. Bersih dan kemas.
Ayuh, Safar tunjukkan bakat kau dalam bab sebergini. Tunjukkan pada CEO kacak yang kau bukan sahaja cantik tapi pandai masak!
Hanya mengambil masa setengah jam sahaja untuk aku siapkan hidangan buat Afif. Tiba-tiba sahaja rasa berdebar.
Suapan pertama dari Afif membuatkan jantung aku mula berdegub kencang. Terasa macam tunggu suami komen sahaja. Hiskk
Kedua matanya membulat, wajahnya juga berubah menjadi semangat sebaik sahaja dia selesai mengunyah.
"Miss Safar, you are the ideal wife material" Puji Afif.
Aku hanya mampu tersenyum dan ketawa dengan kekok.
"Terima kasih atas pujiaannya" Aku membalas. Beg tangan milik aku yang tergantung di hujung sofa aku ambil dan perlahan-lahan aku mengundur untuk berlalu keluar. Lagi lama aku duduk berdua dengan Afif, jantung aku mungkin akan luruh.
Belum sempat aku mencapai tombol pintu rumah Afif, terasa tubuh aku ditarik kebelakang, belakang aku mendarat pada permukaan rata dan lembut.
"Eat with me" Suara Afif menyapa gegendang telinga aku. Betul-betul kedengaran jelas siap dengan hembusan nafas sekali dapat aku rasa.
YOU ARE READING
23🍒 - THE DEVIL'S SWEETHEART [COMPLETE]
Romance"𝘛𝘳𝘶𝘦 𝘭𝘰𝘷𝘦 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘪𝘦𝘴 𝘯𝘦𝘷𝘦𝘳 𝘩𝘢𝘷𝘦 𝘦𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨𝘴" Hubungan cinta yang telah lama terjalin... Janji-janji lama, semuanya hanya sekadar guruan. Safar Nurmelliana yang tidak pernah menyangka mimpinya menjadi realiti. Dan dia mendap...