The Devil's Sweetheart
. . . . . . . .
"𝘛𝘳𝘶𝘦 𝘭𝘰𝘷𝘦 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘪𝘦𝘴 𝘯𝘦𝘷𝘦𝘳 𝘩𝘢𝘷𝘦 𝘦𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨𝘴"
5 tahun berlalu, Suasana suram agak meny ukarkan dirinya untuk dilihat dengan pandangan kasar. Dia hanya perlu duduk di satu penjuru ruang gelap, memencilkan diri tanpa ada sesiapa yang menghampirinya. Asap rokok di hembus ke udara, dua pasang matanya tidak lepas dari melihat pergaduhan yang berlaku dihadapannya ketika itu, terbit senyuman sinis di wajahnya.
Putung rokok yang sudah separuh dihisap, di buangnya ketepi. Kedua kaki melangkah menapak kearah pergaduhan yang terjadi ketika itu. Darah memercik di merata tempat, tidak ketinggalan juga pada lantai kayu dan dia memijaknya tanpa ada rasa jijik. Bercangkung dia di hadapan salah seorang mangsa pergaduhan kecil itu, tangannya laju menarik rambut si mangsa agar wajah mangsa itu memandang kearahnya.
"Ini padahnya bila masuk campur urusan orang" Katanya dalam nada sinis. Sempat juga dia meludah pada wajah mangsa tersebut. Puas!
"Adam" Namanya di panggil dan membuatkan dia serta merta mendongak. Terjongket keningnya takala matanya bertaut dengan pemanggil tersebut. Di hentaknya kepala mangsa yang masih berada dalam genggamannya itu dengan kuat pada lantai, kedengaran bunyi erangan mangsa merintih sakit memasuki pendengarannya. Tubuh yang longlai di lantai di langkahnya dan menghampiri pemanggil tersebut.
"Kenapa?"
"Bos panggil kau" Tiga patah kata sahaja si pemanggil itu menyuarakan dan berlalu meninggalkan tempat kotor tersebut.
Adam merengus geram, baginya dia belum cukup puas melihat penyeksaan yang sedang dilakukan ketika itu. Anak buahnya yang berada berhampiran di panggil, memberikan arahan untuk menghampuskan kesemua musuh tanpa meninggalkan sebarang jejak di tempat tersebut sebelum dia melangkah menuju ke ruangan atas.
Tingkat atas yang kelihatan lebih suram daripada bawah memenuhi pandangannya. Langkah dibuka menghampiri bilik yang berada di hujung lorong gelap. Pintu di ketuk tiga kali sebelum mendengar suara di dalam menyahut menyuruhnya masuk.
Ruangan bilik yang terang memudahkan lagi penglihatan Adam ketika itu, susuk tubuh lelaki yang segak mengenakan suit hitam berdiri membelangkanginya dipandang sekilas sebelum pintu bilik ditutup rapat.
"Bos" Adam memanggil.
"Hmm...semuanya sudah selesai?" Soal si ketua dalam nada yang bergitu tenang.
"Sudah bos. Tapo apa yang bos arahkan kami sebelum tu, belum lagi dapat kami laksanakan lagi. Dia sempat melarikan diri dan Abang Yash sedang cuba menjejakinya" Adam membalas. Jiwanya sudah bergetar hebat bila bercakap dengan si ketua yang satu itu.
YOU ARE READING
23🍒 - THE DEVIL'S SWEETHEART [COMPLETE]
Roman d'amour"𝘛𝘳𝘶𝘦 𝘭𝘰𝘷𝘦 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘪𝘦𝘴 𝘯𝘦𝘷𝘦𝘳 𝘩𝘢𝘷𝘦 𝘦𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨𝘴" Hubungan cinta yang telah lama terjalin... Janji-janji lama, semuanya hanya sekadar guruan. Safar Nurmelliana yang tidak pernah menyangka mimpinya menjadi realiti. Dan dia mendap...