The Devil's Sweetheart
. . . . . . . .
"𝘛𝘳𝘶𝘦 𝘭𝘰𝘷𝘦 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘪𝘦𝘴 𝘯𝘦𝘷𝘦𝘳 𝘩𝘢𝘷𝘦 𝘦𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨𝘴"
Side Note: This chapter tersangat panjang. Jangan muntah dengan imaginasi saya. Warning! 2990 words.
Pintu bilik aku diketuk beberapa kali, menyentak aku dari mengelamun. Jam di dinding aku pandang sudah masuk keangka Sembilan pagi, lama juga aku berteleku di atas sejadah, dari subuh hingga sekarang. Wajah aku raup dengan kedua tangan, menghapuskan rasa sugul yang bersarang diwajah ketika itu.
Dia. Dia yang membuatkan aku dihurung rasa yang sukar untuk aku katakan dengan lisan, hanya mampu aku lafazkan dalam doa sahaja. Perlahan aku bangun dari duduk yang lama, menapak menuju kearah pintu, tombol pintu aku pusing dan menariknya kebelakang, wajah insan yang aku bergitu sayang sepenuh hati memenuhi pandangan aku.
"Ibu" Bibir nipisnya memanggil aku dengan nada lembut. Membuatkan separuh jiwa aku senang dengan panggilan tersebut.
"Dani...Maaf Ibu tertidur" Bohong aku. Tidak mahu sekiranya satu-satu anak lelaki aku mengetahui tentang aktiviti aku selepas subuh, termenung memikirkan sesuatu yang mungkin tidak akan terjadi.
"Tak apa Ibu. Ibu ingat bukan hari ini?" Soalnya dengan senyuman yang masih lagi tidak lekang di bibir. Sama seperti si Dia, yang bergitu murah dengan senyuman. Ya Allah, aku benar-benar rindukan dia.
"Of course. Mana mungkin Ibu lupa dengan hari lahir anak ibu yang satu ini" Balas aku, wajahnya aku pandang lama. Baru aku sedar, masa bergitu pantas. Dani yang dahulu berumur empat tahun, petah bercakap, kecil sahaja dia berlari-lari di dalam rumah aku. Kini sudah meningkat remaja, tingginya sahaja membuatkan aku terpaksa mendongak, raut wajahnya saja masih lagi sama tiada perubahan. Sama seperti si dia. Baik dari mata hingga bibir. Semuanya sama. Sedikit sebanyak menghapus rindu yang sedang membelenggu dalam hati.
"Ibu, Mereka semua ada bawah. Tengah tunggu Ibu" Dani bersuara.
"Astaghfirullahalazim, Ibu lupa. Makanan semua Ibu tak masak lagi. Ya Allah" Aku meraup wajah, telekung yang masih tersarung aku tanggalkan, membetulkan rambut yang sudah serabut. Belum sahaja tubuh aku berlalu keluar dari bilik, Dani terlebih dahulu menahan.
"Ibu, relax" Kedua tangannya menahan lembut tubuh aku, digenggam elok kedua bahu aku sebelum menolak masuk kedalam bilik tidur aku semula. Tudung bawal yang tergantung di belakang pintu di ambilnya dan dihulurkan kearah aku.
"Semua tu Dani dan sediakan Ibu. Bukan Dani seorang, Usyair pun ada. Semalam Usyair tidur sini" Terang Dani dengan lembut. Aku yang mendengar sudah melepaskan keluhan berat, tudung di tangan Dani aku sambut dan pakaikan.
"Ya Allah, Ibu lupa sayang. Maafkan Ibu" Luah aku lagi, aku benar-benar rasa bersalah dengan Dani sekarang.
"Ibu It's okay. Dani sudah besar sekarang" Dani membalas dengan senyuman lebar.
YOU ARE READING
23🍒 - THE DEVIL'S SWEETHEART [COMPLETE]
Romance"𝘛𝘳𝘶𝘦 𝘭𝘰𝘷𝘦 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘪𝘦𝘴 𝘯𝘦𝘷𝘦𝘳 𝘩𝘢𝘷𝘦 𝘦𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨𝘴" Hubungan cinta yang telah lama terjalin... Janji-janji lama, semuanya hanya sekadar guruan. Safar Nurmelliana yang tidak pernah menyangka mimpinya menjadi realiti. Dan dia mendap...