The Devil's Sweetheart
. . . . . . . .
"𝘛𝘳𝘶𝘦 𝘭𝘰𝘷𝘦 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘪𝘦𝘴 𝘯𝘦𝘷𝘦𝘳 𝘩𝘢𝘷𝘦 𝘦𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨𝘴"
Aku hanya diam membisu, melempar pandangan ke luar tingkap, perut yang semakin membulat aku gosok perlahan. Esok semuannya akan berakhir, takala Afif melafazkan talaknya pada aku, maka terputuslah hubungan suami isteri antara aku dan Afif. Jujur, aku katakan hati aku semakin tawar takala mengenangkan apa yang dibuat Afif hingga aku sanggup mengakhiri perkahwinan ini.
Kenapa susah untuk aku memiliki rasa cinta? Aku hanya ingin disayangi, dincintai. Kenapa ujian aku berat?
Pintu bilik diketuk, wajah along memenuhi pandangan. "Boleh along masuk?" Soal along lembut berserta senyuman manis terhias di wajahnya. Aku hanya memangguk sebagai balasan sebelum menoleh memandang ke luar tingkap semula.
Selepas kejadiaan dimana aku berjumpa dengan Afif hingga sekarang, inilah aktiviti yang aku lakukan. Termenung.
Tempat dihadapan aku along duduk, kedua kaki milik aku ditarik along mendekatnya dan dengan penuh berhati-hati dia meletak kedua kaki aku keatas paha, perlahan-lahan tangan besarnya mula mengurut kaki aku yang sudah membengkak.
"Adik okay?" Soal along, tangannya masih lagi bergerak, mengurut kaki aku tanpa rasa jemu. Aku hanya diam, tangan aku dari tadi tidak berhenti mengosok perut aku. Perbuatan along, aku biarkan.
"Fartini ada masakan karipap daging dekat adik" Along bersuara lagi.
"Tadi along pergi klinik, check-up Fartini. Doktor cakap anak along baik-baik saja. Sihat macam Fartini" Tawa along takala bercerita mengenai aktivitinya hari ini. Dan aku hanya diam,mendengar.
"Adik pasti nak berpisah dengan Afif?"
Kali ini soalan Along menarik minat aku, segera aku menoleh memandang wajah suram along, akan tetapi tangannya masih lagi lincah mengurut.
"Along kalau boleh tak mahu adik dengan Afif ber..."
"Adik dah nekad along. Adik nak berpisah dengan Afif" Balas aku tanpa riak. Kedua kaki aku tarik semula, dan melemparkan pandangan ke luar tingkap.
Kedengaran along melepaskan keluhannya. Bukan aku tidak tahu rancangan along, boleh dikatakan setiap hari dia akan masuk kedalam bilik, melakukan rutin hariannya dengan mengurut kedua kaki aku, sesudah itu dia akan menyoal perkara yang sama berulang kali.
"Along tak suka tengok adik sedih. Kalau macam ini lah gayanya, lebih baik along mati saja" Luah Along geram. Bangun dia meninggalkan aku seorang diri dalam bilik semula.
Fikiran aku mula terimbau akan mimpi ngeri yang aku alami suatu ketika dahulu, mimpi yang boleh aku katakan seakan benar. Along meninggal dan seterusnya papa dan mama. Seakan diberi peluang kedua untuk bernyawa, aku betulkan semuanya. Aku menghalang along dari belayar dan aku putus dengan Ayden dan Fitri. Setelah itu, hadir Afif Furqan dalam hidup aku. Semuanya bermula dari situ...
YOU ARE READING
23🍒 - THE DEVIL'S SWEETHEART [COMPLETE]
Romance"𝘛𝘳𝘶𝘦 𝘭𝘰𝘷𝘦 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘪𝘦𝘴 𝘯𝘦𝘷𝘦𝘳 𝘩𝘢𝘷𝘦 𝘦𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨𝘴" Hubungan cinta yang telah lama terjalin... Janji-janji lama, semuanya hanya sekadar guruan. Safar Nurmelliana yang tidak pernah menyangka mimpinya menjadi realiti. Dan dia mendap...