The Devil's Sweetheart
. . . . . . . .
"𝘛𝘳𝘶𝘦 𝘭𝘰𝘷𝘦 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘪𝘦𝘴 𝘯𝘦𝘷𝘦𝘳 𝘩𝘢𝘷𝘦 𝘦𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨𝘴"
"Sayang, saya sebenarnya tak sedar langsung. Masa tu saya dapat mesej dari Fitri cakap awak sakit dan ada di rumah saya. Fitri guna-gunakan saya" Ayden bersuara setelah aku memberikan dia peluang untuk membela dirinya.
Wajah kasihan dia tampilkan di hadapan Mama dan Papa, mujur sahaja Mama dan Papa cepat pulang, Ayden yang bertindak ingin memeluk aku sempat dicegah oleh driver Papa, Pakcik Azmi
"Sayang, you are the one I've loved. It's really not what you think" Ayden bersuara lagi.
Aku hanya menarik senyuman senget takala mendengar ungakapan dia. Kedua tangan aku silang ke dada, tubuh aku sandarkan ke belakang, sambil kepala menangguk beberapa kali.
"Play the video, tell me. Who do you love again? Me or Fitri Syafia Binti Rizalman?" Soal aku kembali. Video panas antara Ayden dan Fitri aku mainkan dan lempar di atas meja di hadapannya dan Papa Mama serta Pakcik Azmi. Biar mereka semua tahu apa yang berlaku.
"Ayden Ezrael, anggap sahaja antara kau dan aku hanya sebuah mimpi. I wish you both happiness, kekal hingga ke anak cucu" Balas aku dan bagun meninggalkan Ayden yang sudah tergamam dengan tindakan aku.
"Safar, sayang. Don't be like this. Saya kenal awak... mana perginya sifat lembut dan mendengar apa yang saya cakap. Why you can be so heartless this time?" Sekali Ayden bersuara.
"Safar, saya mohon dengan awak. Don't talk about separating anymore. Kita kahwin. Uncle, Aunty... percayalah saya diperangkap, saya ikhlas nak kahwin dengan Safar" Kali ini dia memandang wajah mama dan papa.
Aku berhenti melangkah sebaik sahaja mendengar kata-kata Ayden, tubuh aku berbalik kembali memandang kearahnya tanpa riak.
Ayden Ezrael, kau dah memanfaatkan sifat lembut aku sampai semua harta milik keluarga aku pun kau nak bolot, abang aku pun kau nak rancang nak tamatkan riwayat dia sebab harta. Sekarang ni kau gunakan perkataan ikhlas?
PANG !
Wajahnya aku tampar sehinggakan tubuhnya terdorong ke tepi. Senyuman senget terhis , kedua tangan aku silang ke dada. Melihat wajah Ayden menahan sakit membuatkan hati aku melonjak senang.
"Keluar" Aku bersuara lantang.
"I'll count until five. Kalau aku nampak kau lagi depan pagar rumah keluarga aku. Video kau aku sebarkan, terutama sekali pada Tuan Azhar" Wajah Ayden aku pandang tajam.
"Are you serious about that Safar? Don't even think about it. I'm not leaving!" Ayden bersuara lagi.
"Ayden, sudah. Pakcik rasa kamu dan Safar tak ada jodoh. Kamu keluarlah, nanti keadaan akan bertambah buruk lagi" Sekian lama papa mendiamkan diri, akhirnya dia bersuara. Papa bangun dan menuju ke arah pintu rumah, di buka pintu seluas yang boleh dan memandang kearah Ayden yang masih lagi melutut di hadapan aku.
YOU ARE READING
23🍒 - THE DEVIL'S SWEETHEART [COMPLETE]
Romance"𝘛𝘳𝘶𝘦 𝘭𝘰𝘷𝘦 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘪𝘦𝘴 𝘯𝘦𝘷𝘦𝘳 𝘩𝘢𝘷𝘦 𝘦𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨𝘴" Hubungan cinta yang telah lama terjalin... Janji-janji lama, semuanya hanya sekadar guruan. Safar Nurmelliana yang tidak pernah menyangka mimpinya menjadi realiti. Dan dia mendap...