The Devil's Sweetheart
. . . . . . . .
"𝘛𝘳𝘶𝘦 𝘭𝘰𝘷𝘦 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘪𝘦𝘴 𝘯𝘦𝘷𝘦𝘳 𝘩𝘢𝘷𝘦 𝘦𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨𝘴"
U syair hanya memandang Dani yang berada disisinya tanpa rasa jemu. Melihat sang sepupu sedang membaca sebuah buku yang dia sendiri tidak pasti akan mengenai apa dan membuatkan dirinya mula berasa kagum dengan Dani ketika itu. Tidak sekali pun tumpuan Dani beralih dengan renungan Usyair, malah dia seakan sudah memasuki kealam penceritaan buku tersebut.
Dek rasa bosan yang semakin mengusai jiwa, Usyair mula mencuit lembut bahu Dani, menganggu tumpuan insan tersebut agar dia dapat mengutarkan soalan yang bermain dibenak fikirannya ketika itu.
"Kenapa?" Dani menyoal. Memandang wajah Usyair yang masih merenungnya.
"Ermm...kau okay?" Soal Usyair. "Kau ada masalah? Kalau ada cerita, aku dengar" Sambung Usyair lagi. Sememangnya dari kecil lagi, peragai kepoh Usyair tidak dapat dibendung lagi.
Dani mengeluh perlahan. Buku yang masih ditangan sudah ditutup rapat dan diletaknya pada sisi. Matanya memandang sawah padi yang terbentang luas dihadapan mata, menenangkan fikirannya seketika sebelum berkongsi kisah dengan Usyair.
"Ibu menagis"
"Kenapa Mak su menagis? Kau ada buat apa-apa salah ke?" Sekali lagi Usyair bertanya.
Dani menggelengkan kepalanya, bawah bibir digigitnya perlahan. Wajah Usyair dipandangnya lama. "Ibu tahu aku pernah jumpa ayah" Sambung Dani perlahan.
"Maksu tahu? Macam mana dia tahu?" Reaksi wajah Usyair sudah dijangka oleh Dani sendiri, sepupunya itu pasti akan terkejut besar bila mengetahui perkara ini.
AFIF hanya menarik senyuman nipis takala memandang Dani disamping aku sebelum pandanganya beralih kearah aku semula. Setapak dia melangkah mendekat, merenung aku dengan pandangan yang sukar untuk membalas kelak.
"Safar, Izinkan saya tebus kembali dosa saya pada awak" Perlahan sahaja Afif bersuara.
Aku memandang Afif lama, memproses kembali kata-katanya sebentar tadi. Terlampau mudah dia menyatakan hal sebergitu, seakan perkara yang telah dia lakukan selama ini bergitu mudah untuk aku maafkan. Jauh dalam lubuk hati aku, amat sukar untuk aku menerimannya semula. Hati aku tawar untuk menerima lelaki sekarang. Cukup hanya ada Dani dihati aku sekarang.
"Ibu" Panggil Dani, tangan aku dipegangnya. Wajahnya aku pandang, menimbulkan satu rasa yang sukar untuk aku ungkap dengan lisan buat masa sekarang.
Dani berhak tahu ayah kandungnya...
Kata-kata yang sering kali Along bahaskan setiap kali ada peluang bercakap dengan aku. Dan kata-kata itu juga aku cuba untuk mengabaikannya.
"Safar, saya cintakan awak" Afif bersuara lagi. Pandangan matanya membuatkan aku sukar untuk mentafsirkan akan kebenaran melalui kata-kata Afif ketika itu. "Awak masih lagi bidadari syurga di mata saya, Safar. Jujur saya katakan, saya tak boleh hidup tanpa awak disisi" Sambung Afif, kali ini nadanya seakan sayu.
"Ibu..." Dani dibelakang sekali lagi memanggil. Dani melepaskan pegangan tangannya, beralih kearah hadapan aku, membelakangi Afif. Aku memandang Dani dengan kerutan dahi.
"Maafkan Ayah"
Terkedu aku takala mendengar kata-kata Dani ketika itu. Dua pasang mata yang sudah berkaca, memandang aku. Perlahan tangan aku diraih Dani, dikucup lembut dua tangan sebelum dia memandang aku semula.
YOU ARE READING
23🍒 - THE DEVIL'S SWEETHEART [COMPLETE]
Dragoste"𝘛𝘳𝘶𝘦 𝘭𝘰𝘷𝘦 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘪𝘦𝘴 𝘯𝘦𝘷𝘦𝘳 𝘩𝘢𝘷𝘦 𝘦𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨𝘴" Hubungan cinta yang telah lama terjalin... Janji-janji lama, semuanya hanya sekadar guruan. Safar Nurmelliana yang tidak pernah menyangka mimpinya menjadi realiti. Dan dia mendap...