The Devil's Sweetheart
. . . . . . . .
"𝘛𝘳𝘶𝘦 𝘭𝘰𝘷𝘦 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘪𝘦𝘴 𝘯𝘦𝘷𝘦𝘳 𝘩𝘢𝘷𝘦 𝘦𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨𝘴"
Sebaik sahaja kaki aku melangkah masuk kedalam ruangan pejabat, keluhan berat aku lepaskan terlebih dahulu sebelum aku terduduk bersandar pada pintu. Kedua mata aku terasa panas, pandangan aku juga mula kabur. Hanya dengan sekali kerdipan sahaja, cecair panas tersebut mengalir turun di wajah. Perasaan aku ketika itu benar-benar tidak stabil. Kejadian tempoh hari masih segar dalam fikiran aku.
Aku berikan semuanya pada Afif, Aku percaya dengan kata-kata manisnya. Tapi apa yang aku dapat? Sakit dihati ini masih terkesan dengan kata-katanya. Apa aku ini tidak sempurna seperti gadis yang dia idamkan? Kalau aku tidak sempurna, kenapa dia memilih untuk berkahwin dengan aku? Apa hati aku bergitu senang untuk dimainkan?
Terkadang aku terfikir, kenapa bergitu susah sekali ujian yang Tuhan berikan kepada aku? Pada mulanya Ayden dan Fitri. Orang yang aku sepenuh hati mencintai dan percaya, tapi dikhianati dengan mudah. Sekarang suami aku sendiri, Afif Furqan. Aku percayakan dia dapat mengubah aku menjadi seorang yang lebih baik, tapi apa yang aku dapat? Suami aku sendiri berniat ingin menduakan aku. Aku benci semuanya. Jujur aku katakan, aku tak kuat untuk hadapi ujian sekarang ni.
Bunyi deringan telefon menghentikan aku daripada menagis. Esakkan aku juga semakin pelahan, kedua tangan aku gunakan untuk mengesat kering air mata sebelum mencapai beg tangan di sisi. Telefon aku capai, nama Fartini memenuhi screen telefon aku. Mahu atau tidak, aku perlu juga menangkatnya. Aku tidak mahu jikalau dia, dapat tahu yang aku telah mendengar perbualan dia dan Afif tempoh hari. Biar aku pendam.
"Assalamualaikum, Safar. Hang okey?" Soal Fartini di balik sana.
Mendengar saja suara Fartini, aku lemah. Kenapa dalam banyak-banyak insan, kenapa harus dia yang bertanya perihal itu? Kenapa bukan Mama? Kenapa bukan Ayah? Kenapa bukan Along? Kenapa harus Fartini? Aku...Aku benci dia.
"Sejak aku menikah dengan Along hang. Muka hang tak jernih langsung, ini aku tahu hang dekat pejabat. Itu aku call hang. Hang okey?" Soal Fartini lagi, suaranya yang lembut bertanya benar-benar membuatkan aku bertambah benci dengannya.
"Aku...aku tahu hang dengar perbualan aku dengan Afif bodoh tempoh hari. Aku...minta maaf" Fartini membalas dibalik sana tanpa disuruh mahupun dipinta.
Aku hanya mendengar sudah mengemam erat bibir, menahan suara esakkan daripada terkeluar. Aku tidak mahu Fartini tahu yang aku lemah sekarang ni.
"Aku dah ceritakan semuanya dengan along hang. Aku dapat rasakan Afif akan seksa jiwa hang. Aku tak sedap hati bila hang balik dulu dari kami semua. Hang ok bukan? Afif tak ada pukul atau seksa hang bukan?" Soal Fartini lagi.
YOU ARE READING
23🍒 - THE DEVIL'S SWEETHEART [COMPLETE]
Romantizm"𝘛𝘳𝘶𝘦 𝘭𝘰𝘷𝘦 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘪𝘦𝘴 𝘯𝘦𝘷𝘦𝘳 𝘩𝘢𝘷𝘦 𝘦𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨𝘴" Hubungan cinta yang telah lama terjalin... Janji-janji lama, semuanya hanya sekadar guruan. Safar Nurmelliana yang tidak pernah menyangka mimpinya menjadi realiti. Dan dia mendap...