The Devil's Sweetheart
. . . . . . . .
"𝘛𝘳𝘶𝘦 𝘭𝘰𝘷𝘦 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘪𝘦𝘴 𝘯𝘦𝘷𝘦𝘳 𝘩𝘢𝘷𝘦 𝘦𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨𝘴"
Suasana dihadapan aku ketika itu teramat menarik. Melihat keadaan along yang amat menyedihkan membuatkan hati aku diulit rasa senang. Boleh dikatakan setiap sudut kulit yang terdedah dicubit mama tanpa ada belas rasa ehsan dalam diri. Padan muka!
"Mama...tolong berhenti" Along merintih, kedua tangan disatukan dan digosok berkali-kali agar mama menghentikan cubitan yang dibuat atas permukaan kulit along. Keadaan along yang melutut dengan kepala along mendongak memandang wajah mama menambahkan elemen kesedihan along ketika itu.
"Mama, along minta maaf" Along bersuara lagi takala Mama tidak mahu menghentikan hukuman keatasnya. Dapat aku lihat dengan jelas kedua mata along sudah berair. Mata bulat itu memandang mama dan meletakkan pengharapan tinggi agar mama makan dengan simpatinya dan menhentikan hukuman yang tidak berasaskan kelayakkan umur.
"Berapa kali mama nak ingatkan, awak tu dah berumur tiga puluh tahun. Tolong behave" Mama bersuara setelah puas dikerjakan tubuh along.
Aku yang berada diatas katil hanya mampu memandang, leher aku panjangkan melihat kesan-kesan merah hasil kerja mama pada tubuh along, rasanya kalau mama tak berhenti lagi boleh keluar segala isi dalam tangan along gamaknya.
"Along behave. Tapi along luah apa yang along rasa sahaja" Along membalas kata-kata mama.
Aku yang mendengar hanya mampu memberikan reaksi terkesima, jarang sekali aku dapat melihat kelakuan along yang bergitu mudah untuk meluahkan isi hatinya pada mama. Tambah-tambah lagi mengenai wanita, mama diam tidak menjawab. Wajah along yang bersungguh dipandang mama. Entah kenapa aku merasakan keadaan along ketika itu kelihatan amat menyedihkan.
Bunyi ketukan pintu bilik menghentikan mama dari bersuara, matanya memandang kearah pintu sebelum beralih memandang aku dan along silih berganti.
"Siapa?" Mama menyoal. Baju kelawar ditubuh dibetulkan mama, sempat lagi dia menarik telinga along.
"Saya ni aunty. Fartini"
Mendengar sahaja nama Fartini, along yang melutut, cepat sahaja dia bangun. Baju melayu dan kain pelikat dibetulkannya sebelum melangkah kearah pintu, seakan tiada apa yang berlaku sebelum ini. Belum sempat mama menghalang, along dengan cepat memulas tombol pintu, terpampang wajah terkejut Fartini takala pandangannya bersatu dengan Along.
"Kenapa Fartini? Suara aunty kuat sangat ke?" Soal mama lembut. Tubuh along ditarik kebelakang, menyuruh anak lelakinya itu bergerak sedikit agar dia dapat melihat Fartini.
"Errr...tak pun. Aunty. Mama Fartini panggil, semua sekali. Uncle dah ada dekat luar" Suara Fartini ketika itu benar-benar perlahan, aku memandang pelik. Bagi aku itu bukanlah Fartini, minah senget tu mana pernah bercakap perlahan. Suara dia sahaja dah macam speaker surau.
YOU ARE READING
23🍒 - THE DEVIL'S SWEETHEART [COMPLETE]
Romance"𝘛𝘳𝘶𝘦 𝘭𝘰𝘷𝘦 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘪𝘦𝘴 𝘯𝘦𝘷𝘦𝘳 𝘩𝘢𝘷𝘦 𝘦𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨𝘴" Hubungan cinta yang telah lama terjalin... Janji-janji lama, semuanya hanya sekadar guruan. Safar Nurmelliana yang tidak pernah menyangka mimpinya menjadi realiti. Dan dia mendap...