The Devil's Sweetheart
. . . . . . . .
"𝘛𝘳𝘶𝘦 𝘭𝘰𝘷𝘦 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘪𝘦𝘴 𝘯𝘦𝘷𝘦𝘳 𝘩𝘢𝘷𝘦 𝘦𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨𝘴"
Aku memandang Afif seakan tidak percaya. Hendak bersuara terasa seperti suara aku seakan disekat untuk tidak membunyikan sebarang suara untuk berkata-kata. Wajah Afif aku pandang, wajah lelaki tersebut penuh dengan penyesalan.
Aku memang bodoh. Bodoh kerana tertipu dengan kebaikan orang sekeliling. Pantang sahaja ada yang disuruh, diminta, ditolong pasti aku dengan lembut hati ikutkan sahaja, bodoh percaya apa yang dikatakan orang. Dada aku terasa sesak, hendak bernafas juga aku rasakan seakan sulit ketika itu.
"Safar Nurmelliana, saya tak nak tipu awak. Cerita tu, cerita lepas. Masa tu saya bodoh. Saya..."
"Perlukah awak biarkan adik awak macam tu?" Aku pula menyoal, entah kenapa hati aku ketika itu bergitu geram dengan tindakan Afif. Walau ianya cerita lama tapi...
Disebabkan dia, Fartini mangsa. Dan aku mati-mati fikir dia baik, suci, lelaki kiriman tuhan. Hakikatnya dia adalah manusia bertopengkan syaitan!
"Saya menyesal. Dengan apa yang berlaku" Afif membalas, kepalanya menunduk memandang kedua tangannya yang sudah disatukan rapat.
"Jadi...kenapa awak setuju kahwin dengan saya?" Soal Safar ingin tahu.
Dan Afif hanya mendiamkan diri. Dia sendiri tidak tahu mengapa dan kenapa dia memaksa si ibu meminang Safar. Adakah dia cemburu dengan Fartini?
2015, March
Pandangan mata yang penuh dengan rasa amarah merenung tajam kearah seorang gadis genit yang berusia dalam likungan dua belas tahun yang sedang bermain seorang diri yang berada tidak jauh darinya. Kedua tangan dikepal penumbuk seerat sehinggakan kedua tangannya bertukar warna, menunjukan tiada sebarang aliran darah berlaku disekitar tersebut.
"Afif. Jangan buat kerja gila la" Lengan Afif ditariknya kasar, menyuruh lelaki berusia dua puluh satu tahun itu memandang kearahnya. Naik turun nafasnya takala melihat wajah merah Afif ketika itu.
YOU ARE READING
23🍒 - THE DEVIL'S SWEETHEART [COMPLETE]
Romance"𝘛𝘳𝘶𝘦 𝘭𝘰𝘷𝘦 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘪𝘦𝘴 𝘯𝘦𝘷𝘦𝘳 𝘩𝘢𝘷𝘦 𝘦𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨𝘴" Hubungan cinta yang telah lama terjalin... Janji-janji lama, semuanya hanya sekadar guruan. Safar Nurmelliana yang tidak pernah menyangka mimpinya menjadi realiti. Dan dia mendap...